Dalam kejadian
jam 7 malam, Khamis lalu, empat suspek terbabit menceroboh rumah mangsa
dipercayai untuk mencuri wang RM200 yang diletakkan di atas almari di
ruang tamu.
Menurut sumber, mangsa berusia belasan tahun yang dikatakan mengenali semua suspek kemudian diajak ‘bermain-main’ di dalam bilik dan setiap suspek mengumpan mangsa dengan upah RM50 setiap seorang.
“Pada mulanya
mangsa menolak, namun selepas dipujuk mangsa akhirnya terpedaya dan dia
diajak masuk ke dalam bilik sebelum keempat-empat suspek mencabulnya.
“Mujur kakak
ipar mangsa datang ke rumah dan terkejut apabila mendapati ada empat
lelaki berada di dalam bilik di rumah itu bersama mangsa yang hanya
berkemeja-T, tanpa pakaian dalam,” katanya.
Sumber itu
berkata, semua suspek melarikan diri dan kakak ipar mangsa kemudian
membawa mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Pudu sebelum
melakukan pemeriksaan doktor.
Sementara itu,
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Operasi dan Risikan) Kuala
Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, empat suspek terbabit
yang berusia belasan tahun ditangkap sehari selepas laporan polis dibuat
mangsa. Semua direman empat hari bermula Jumaat lalu.
EmoticonEmoticon