Seorang pegawai polis komuniti telah mengejutkan jabatannya setelah bergambar di Facebook dengan hanya memakai seluar dalam sahaja.
Rebecca Morris, 29, adalah seorang Pegawai Polis
Komuniti untuk balai polis Midlands Barat yang bertugas mengawal dan
meronda di Dudley. Tetapi, tidak itu sahaja tugasannya, beliau juga
adalah model untuk pertunjukkan kereta pada masa lapang.
Pegawai polis yang montok ini telah memuat naik berdozen gambar beliau sendiri yang hanya memakai seluar dalam di laman Facebook nya.
Di dalam salah
satu gambarnya, dengan tubuhnya yang bertatu dan menggelarkan dirinya
sebagai 'public figure' di Facebook, beliau dilihat duduk di hadapan
sebuah kereta Volswagen Golf berwarna biru.
Rakan-rakannya di Balai Polis Brierley Hill sangat terkejut dengan tugasan sampingan modelling yang dilakukannya.
Salah seorang daripada mereka berkata: 'Semua orang kenal Rebecca sebagai seorang gadis yang cantik, tetapi, dengan meletakkan gambar separuh bogel
di akaun Facebook adalah satu langkah yang tidak profesional apabila
tugasan hakiki anda adalah mengawal keselamantan dan membanteras
jenayah.
'Saya rasa
ketua-ketua jabatan tidak tahu mengenai aktiviti yang Rebecca lakukan
ini. Jika mereka tahu, pastinya mereka akan paksa beliau keluarkan
gambar-gambar tersebut dari akaun Facebooknya.'
EmoticonEmoticon