Sabtu, 19 April 2014

Lelaki Kantoi Curi "Pakaian Dalam" Milik Jiran

Tags





pakaian dalam wanita, hilang, dicuri, jiran sendiri, kantoi,
Kajang: Misteri kehilangan pakaian dalam milik seorang remaja perempuan yang dijemur di ampaian rumahnya di Taman Suria di sini, terjawab selepas perbuatan tidak bermoral itu dilakukan jirannya sendiri.

Dalam kejadian terbaru, penghuni rumah berkenaan dikejutkan dengan bunyi salakan anjing pada jam 3.30 pagi menyebabkan bapa mangsa keluar memeriksa keadaan di luar kawasan rumah sebelum mendapati beberapa helai pakaian dalam anak perempuannya hilang.

Menurut sumber, bapa mangsa kemudiannya meneliti semula rakaman kamera litar tertutup (CCTV) lalu mendapati jirannya masuk untuk mencuri pakaian itu.

“Kes kecurian pakaian dalam milik anak perempuannya sudah kali keempat berlaku menyebabkan bapa mangsa terpaksa membuat laporan polis agar individu terbabit tampil menyerah diri, “katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab mengesahkan menerima laporan itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 447/379 Kanun Keseksaan.

"Dingin" Di Ranjang, Suami Bunuh Si Isteri

Tags








bunuh isteri, bosan diranjang, dingin,
Cairns (Queensland): Seorang lelaki Australia yang dibicarakan kerana membunuh isterinya mengadu wanita terbabit sangat membosankan ketika di ranjang dan menjadi tukang masak yang sangat teruk.

Klaus Andres, 70, sebelum ini mengakui melarutkan mayat Li Ping Cao, 42, dalam tong sampah yang dipenuhi dengan asid.

Andres menghadapi perbicaraan kerana dituduh membunuh wanita kelahiran China itu yang menjadi isterinya selama lima tahun dalam satu pembunuhan di kediaman mereka di pinggir Cairns, akhir Oktober 2011.

Dia mengaku bersalah menyebabkan kematian Li Ping dan cuba melupuskan mayat mangsa tetapi berkata, kematian isterinya adalah satu kemalangan. Li Ping dipercayai ditolak ke lantai oleh Andres selepas mangsa menikam tangan suaminya dengan garfu.

Selepas Li Ping mati, Andres membawa 60 liter asid dan melarutkan mayat isterinya dengan bahan itu di dalam tong sampah. Saksi, John Gunner yang juga suami kepada kawan kekasih Andres minggu ini memberitahu mahkamah tertuduh ada mengadu mengenai isterinya.

Gunner bertemu Andres pada Ogos 2011, dua bulan sebelum kematian Li Ping. Andres pula bertemu kekasihnya awal tahun itu ketika isterinya berada di China menziarahi saudara-maranya.

“Li Ping bersikap dingin kepada suaminya, tidak seperti kekasih warga Thai Andres,” katanya dalam kenyataan di mahkamah.

Gunner juga memberitahu mahkamah yang Andres menggelar Li Ping sebagai tukang masak yang teruk dan dia mahu kekasihnya berpindah ke Australia.

Ketika pembunuhan, jiran tetangga memberitahu berita tempatan bahawa mereka terdengar pasangan itu bertengkar sebelum kematian Li Ping.