Mangsa berusia
30-an dan bertugas sebagai penjawat awam itu dikatakan tampil membuat
laporan polis pada 11 Oktober lalu berikutan terlalu tertekan dengan
perbuatan kakaknya yang hanya mendiamkan diri selain memaksanya untuk
mengunci mulut.
Mangsa mendakwa menjadi pemuas nafsu abang iparnya sejak tujuh tahun lalu ketika bertandang ke rumah kakaknya di Shah Alam dengan kejadian terbaru, April lalu.
Menurut sumber,
abang ipar mangsa yang berusia 30-an itu dikatakan masuk ke dalam bilik
tidurnya kira-kira jam 2 pagi untuk melakukan perbuatan terkutuk itu.
Mangsa mendakwa dia seolah-olah dipukau dan separuh sedar kerana ketika kejadian dia hanya mampu menurut permintaan lelaki berkenaan tanpa sebarang bantahan ; katanya.
Mangsa mendakwa dia seolah-olah dipukau dan separuh sedar kerana ketika kejadian dia hanya mampu menurut permintaan lelaki berkenaan tanpa sebarang bantahan ; katanya.
Sumber berkata,
ketika kakak mangsa masuk ke dalam bilik adiknya awal pagi untuk
mengejutkan mangsa bersarapan, wanita itu ternampak suaminya tidur
bersama-sama di dalam bilik berkenaan namun tidak menunjukkan reaksi
marah sebaliknya terus meninggalkan bilik berkenaan.
Apabila mangsa
pulang ke rumahnya, abang iparnya sering menghubunginya dan meminta
mangsa menutup mulut serta merahsiakan perkara itu daripada pengetahuan
keluarga terutama ibu bapa mereka.
Lelaki itu mendakwa dia bertindak demikian kerana tertekan selepas kakak mangsa dikatakan tidak mampu melakukan hubungan intim selain disahkan mandul, katanya.
Katanya,
perbuatan itu berlarutan sehingga mangsa akhirnya merayu kakaknya
menyelesaikan perkara itu dan bertanggungjawab atas perbuatan suaminya.
Namun kakaknya
masih berdegil dan meminta mangsa terus mendiamkan diri dan menurut
kemahuan suaminya yang mempunyai perwatakan baik dalam keluarga mereka ;
katanya.
Sementara itu,
Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Superintendan Junaidi Bujang ketika
dihubungi mengesahkan menerima laporan polis terbabit dan siasatan
lanjut masih dijalankan, namun belum ada tangkapan.
EmoticonEmoticon