Seorang remaja perempuan 21 tahun yang tinggal bersama ibunya di sebuah taman perumahan di sini, sanggup menjadikan rumah mereka seperti rumah tumpangan dengan membawa rakan perempuannya berusia 23 tahun bersama teman lelaki masing-masing untuk melampiaskan nafsu.
Perlakuan sumbang
dilakukan mereka diketahui penduduk setempat sebelum membuat aduan
kepada Pejabat Agama Islam Daerah Kulim (PADK). Enam pegawai penguat
kuasa PADK membuat membuat pemantauan dan mengepung rumah berkenaan
kira-kira jam 3.30 pagi.
Pengadu yang tidak mahu namanya disiarkan berkata, seorang remaja perempuan yang ditahan sering memukul ibunya dan perbuatan itu mengakibatkan ibunya itu takut untuk membuat laporan polis atau PADK.
“Pasangan ini sudah lama melakukan perlakuan maksiat di rumah mereka dengan membawa balik teman lelaki masing-masing.
Perkara ini berlaku sejak enam bulan lalu. Ibu suspek tidak berani
menegur anak perempuannya, kerana takut dipukul dan diherdik sekiranya
berbuat demikian,” katanya.
Ketika serbuan
dibuat, PADK terpaksa menunggu kira-kira 10 minit sebelum pintu rumah
dibuka. Setelah memperkenalkan diri sebagai penguat kuasa PADK, tiga
dari enam penguat kuasa terlibat meminta kebenaran masuk ke rumah untuk
membuat pemeriksaan.
Jurucakap PADK berkata, ketika pemeriksaan dibuat, mereka menemui dua lelaki dan tiga perempuan termasuk ibu kepada seorang remaja terlibat. Dari siasatan awal dijalankan mendapati, pasangan yang berada dalam rumah itu tidak mempunyai sebarang hubungan mahram.
Mereka
kemudiannya dibawa ke Balai Polis Kulim untuk membuat laporan dan akan
disiasat di bawah seksyen 9 Enakmen Jenayah Syariah Kedah 1988. Jika
sabit kesalahan mereka boleh dikenakan hukuman setahun penjara atau
denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali.
"PADK akan
mengarahkan semua terlibat hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Kulim pada
tarikh dan masa ditetapkan. Sekiranya ingkar, waran tangkap akan
dikeluarkan terhadap diri mereka,” katanya.
EmoticonEmoticon