KUANTAN - Seorang remaja perempuan bawah umur menjadi mangsa serakah seorang abang angkat dan rakannya apabila dirogol serta dipaksa melakukan persetubuhan luar tabii di sebuah pantai rekreasi di sini pada 28 Mei lalu.
Kedua-dua tertuduh ditangkap sehari selepas kejadian.
Pelajar Tingkatan Tiga itu menjadi mangsa abang angkatnya
yang hanya berusia 16 tahun 8 bulan, dari Jalan Gambang di sini
manakala rakannya seorang penganggur, Akmal Hakim Abdul Rashid, 22, dari
Permatang Badak Jaya telah dihadapkan di Mahkamah Trafik di sini, hari
ini.
Akmal dituduh menggunakan kekerasan jenayah terhadap mangsa dengan niat untuk mencabul kehormatannya di kawasan pantai berhampiran pantai Zoo Teruntum, Jalan Tembeling Resort di sini kira-kira jam 9 hingga 10 malam.
Tertuduh boleh
dihukum di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman
penjara hingga 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana dua
daripda seksaan tersebut jika sabit kesalahan.
Majistret Tuan Ruziani Tuan Lah mengenakan ikat jamin RM2,500 dan menetapkan 3 Julai ini untuk melantik peguam.
EmoticonEmoticon