Sabtu, 26 April 2014

panas Juliana Evans cetus provokasi peminat tayang peha sambil bertudung

Tags


Pastinya ramai peminat tanahair yang mengenali pelakon cantik yang juga bekas kekasih Zizan Razak, Juliana Evans yang menyambung pengajian di luar negara, jarang sekali kita mendengar perkhabaran tentang beliau.


Kali terakhir namanya menjadi bualan hangat peminat di laman-laman sosial dan blog-blog hiburan ialah ketika beliau dilaporkan terlibat dalam satu kemalangan mengerikan pada Februari lalu.

Bagi peminat yang terus tertunggu-tunggu perkembangan terbaru tentang pelakon ini, Juliana kini sedang giat melibatkan diri dalam pertunjukan fesyen di Michigan, USA yang berlangsung beberapa hari lepas.

Fesyen yang dikenakan oleh Juliana kelihatan begitu seksi sehingga membuat penulis terkejut dan tergamam seketika. Manakan tidak, meskipun hanya mengenakan gaun nipis paras lutut yang dipadankan dengan tudung stype datin, penampilan pelakon Hantu Bonceng itu amat memukau dan menakjubkan.

Walau bagaimanapun, penulis berharap penampilan beliau ini tidak dikecam peminat kerana ianya sekadar pertunjukan fesyen sahaja dan yakin aktres berusia 24 tahun itu pandai menjaga diri dan batas-batas agama. Jom layan empat keping foto fesyen seksi Juliana Evans.



EmoticonEmoticon