Senin, 15 Agustus 2016

Anak Bagi Tahu Cikgu Cucuk Kat Bawah Sebab..!!

Tags

 

TAWAU – Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun dipercayai menjadi mangsa deraan seksual seorang guru perempuan di sebuah tadika, lapor New Sabah Times, semalam.


Kejadian tersebut disedari oleh ibu mangsa ketika mengambil anaknya pulang dari tadika berkenaan pada jam 4.30 petang, Isnin lalu.
Mangsa mengadu mengalami kesakitan di bahagian kemaluan dan apabila diperiksa, ibunya mendapati terdapat tompokan darah pada seluar dalam anaknya.

“Anak saya kata cikgu telah menyucuk kemaluannya dengan jari telunjuk kerana dia terkencing dalam seluar. Saya terkejut dan terus bawa anak buat pemeriksaan di hospital,” katanya.
Satu laporan polis telah dibuat oleh ibu mangsa di Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau pada Selasa, jam 11 pagi selepas dinasihatkan oleh pihak hospital. Menurut ibu mangsa,

“Sekarang serahkan perkara ini kepada polis untuk ambil tindakan lanjut. Saya tidak mahu perkara sama berlaku pada orang lain.
“Bukan sahaja anak malah saya sendiri trauma bila mengenangkan kesakitan yang ditanggung oleh anak kedua ini. Saya terkilan sebab anak asyik mengulangi dia minta tolong dengan saya tetapi saya tidak datang menolongnya. Hati siapa yang tidak sayu bila anak sendiri berkata begitu,” katanya.

Difahamkan, mangsa dihantar ke tadika berkenaan sejak bulan Mac lalu bersama seorang lagi adik lelakinya yang berusia dua tahun.
Ketua Polis Daerah, ACP Fadil Marsus mengesahkan telah menerima laporan dan susulan itu, seorang suspek telahpun ditahan.

Sah! Isteri Along Cham, Zila AF ditangkap khalwat dengan suami orang

Tags

Pelawak Along Cham enggan memberikan sebarang komen ketika diminta mengulas mengenai isterinya Zila Seeron yang ditangkap khalwat jam 5 pagi semalam.
ISTERI DICEKUP BERKHALWAT, ALONG CHAM TIDAK MAHU KOMEN
ISTERI DICEKUP BERKHALWAT, ALONG CHAM TIDAK MAHU KOMEN
Along atau nama sebenarnya Muhammad Nizamudin Ahmad, 33, hanya menjawab “maaf, saya tidak mahu komen” ketika dihubungi Astro Gempak menerusi aplikasi Whatsapp.

Terdahulu Harian Metro melaporkan seorang penyanyi yang juga isteri seorang pelakon dan pelawak dicekup di rumah kekasihnya di Bukit Jalil awal pagi semalam.
Ketika tangkapan dilakukan, penyanyi berusia 28 tahun itu ditemui bersembunyi di belakang almari di dalam bilik sementara seorang lelaki berusia 30-an yang juga suami orang berada di ruang tamu selepas pintu dipecahkan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).
Ketika serbuan, penguatkuasa JAWI meminta pintu rumah dibuka sebelum seorang lelaki membuka pintu dan menutupnya semula.
Selepas 30 minit menunggu pintu dibuka dan tiada kerjasama daripada pemilik rumah, pintu terpaksa dipecahkan sebelum pemeriksaan dilakukan.
Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 27 Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan dan jika disabitkan kesalahan denda tidak melebihi RM2,000 akan dikenakan atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.
Along dan Zila sedang di dalam proses penceraian.