Sabtu, 26 April 2014

9 Lelaki Dipenjara Pujuk Gadis Bawah Umur Lakukan Hubungan Kelamin

Tags






hukum penjara, remaja perempuan bawah umur, hubungan seks, hubungan kelamin, mengedar dadah, rogol,
Sembilan lelaki di barat laut England dihukum penjara semalam, selepas didapati memujuk remaja perempuan sebahagiannya berusia 13 tahun untuk mengadakan hubungan seks.

Hakim, Gerald Clifton, berkata tertuduh - berusia antara 22 dan 59 tahun dan berasal dari Pakistan atau Afghanistan - didorong nafsu dan tamak menggunakan arak serta dadah untuk memperdaya mangsa mereka.

Tertuduh didapati bersalah atas pelbagai jenayah, termasuk mengedar dadah dan rogol.

Ketua kumpulan itu berusia 59 tahun menerima hukuman penjara 19 tahun, manakala yang lain antara empat dan 12 tahun.

Disebabkan semua defendan berasal dari Asia Selatan dan mangsa berkulit putih, kes itu menimbulkan kemarahan kumpulan pelampau kanan yang mengadakan protes di luar mahkamah.


EmoticonEmoticon