Sabtu, 30 Juli 2016

contoh pbs tingatan 6 ekonomi



INGIN MENGAMBIL SEBAGAI CONTOH
SILAKAN

Kerja Kursus Ekonomi STPM 2014 (Assignment)

  1. 1. ABSRTAK Kajian ini dijalankan untuk mengkaji terhadap perusahaan kedai roti dan kek di Seberang Jaya. Objektif pertama kajian ini adalah mengenal pasti masalah-masalah yang dihadapi oleh pengusaha kedai roti dan kek. Objektif kedua adalah mengkaji sumber pembiayaan yang diperoleh oleh pengusaha kedai roti dan kek. Kajian ini difokuskan kepada lima kedai roti dan kek iaitu Secret Recipe, Pacific Bakery, Summer Bakery, LA Delight dan Black Forest. Kaedah kajian yang digunakan ialah soal selidik dan temu bual. Hasil kajian menunjukkan lima responden ini menghadapi masalah persaingan dan masalah pekerja. Ini kerana kedai roti dan kek terpaksa bersaing sesama mereka dan juga bersaing dengan kedai makanan yang lain seperti restoran, kopitiam, penjaja dan lain-lain. Masalah pekerja yang tidak tetap serta kekurangan pekerja mahir merupakan masalah yang sering dihadapi oleh kedai roti dan kek. Untuk memulakan perniagaan serta membesarkan perniagaan mereka kesemua atau 100% kedai roti dan kek ini memperoleh sumber modal dari simpanan peribadi dan 60% responden memperoleh sumber pembiayaan melalui institusi kewangan seperti Public Bank, Maybank, Hong Leong Bank.
  2. 2. ISI KANDUNGAN Penghargaan i Abstrak ii 1.0 Latar Belakang Kajian 1-3 2.0 Pernyataan Masalah 3 3.0 Objektif Kajian 3 4.0 Kaedah Kajian 4 5.0 Hasil Kajian Dan Perbincangan 5 5.1 Latar Belakang Pengusaha Kedai Roti Dan Kek 5-7 5.2 Masalah-masalah Yang Dihadapi Oleh Pengusaha 8-13 Kedai Roti Dan Kek 5.3 Sumber Pembiayaan Yang Diperoleh Oleh Pengusaha 13-14 Kedai Roti Dan Kek 6.0 Cadangan 15-16 7.0 Rumusan Kajian 16-17 8.0 Senarai Rujukan 18 Lampiran
  3. 3. 1.0 LATAR BELAKANG KAJIAN Di Malaysia, Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) boleh ditempatkan dalam tiga kategori, iaitu mikro, kecil dan sederhana. Ketiga-tiga kumpulan ini ditetapkan berasaskan kepada jumlah pekerja sesebuah perniagaan ataupun jumlah hasil jualan sesebuah perniagaan dalam tempoh setahun. Bagi sektor perkilangan, PKS ditakrifkan sebagai firma yang mempunyai nilai jualan tahunan kurang daripada RM50 juta atau bilangan pekerja sepenuh masa yang kurang daripada 200 orang. Bagi perkhidmatan dan sektor-sektor lain, PKS ditakrifkan sebagai firma yang mempunyai nilai jualan tahunan kurang daripada RM20 juta atau bilangan pekerja sepenuh masa kurang daripada 75 orang. Pengkaji memilih kedai roti dan kek yang merupakan salah sebuah PKS untuk menjalankan kajian ini. Kedai roti dan kek adalah sebuah pertubuhan yang menghasil atau menjual roti, kek, biskut, pai, donat. Perusahaan kedai roti dan kek telah wujud beribu-ribu tahun yang lalu dan ianya telah dibangunkan pada awal Empayer Rom. Perusahaan tersebut terus berkembang hingga ke hari ini. Roti merupakan makanan popular di seluruh dunia dan juga merupakan makanan manusia yang paling lama semenjak Zaman Neolitik. Roti adalah salah satu alternatif segera untuk sarapan dan ianya merupakan makanan yang berkhasiat. Menurut piramid makanan, roti mengandungi zat, kalsium, besi dan vitamin B. Roti yang dibuat dengan gandum asli membantu mengekalkan pertambahan berat badan manusia. Roti yang mempunyai kolestrol rendah dan tidak manis juga menjadi pilihan makanan pesakit kencing manis dan orang tua. Gaya hidup masyarakat hari ini lebih gemar makan roti berbanding dengan nasi. Hal ini mempunyai pengaruh yang kuat terhadap permintaan roti. Iklan, promosi dan pembungkusan yang cantik mampu mengubah cita rasa masyarakat untuk membeli roti. Selain itu, roti yang berharga rendah mampu menyebabkan masyarakat yang berpendapatan rendah untuk memintanya. Lantaran itu, kedai roti dan kek diwujudkan untuk memenuhi kehendak dan keperluan manusia seharian. Sejarah kek berasal dari negara Barat. Ia diperbuat daripada tepung, telur dan gula. Kini, kek sering menjadi pencuci mulut dalam majlis-majlis upacara seperti perkahwinan, ulang tahun dan hari jadi. Semasa musim perayaan dan
  4. 4. sempena hari jadi, kek mempunyai permintaan yang tinggi oleh isi rumah sama ada membeli mahupun membuat tempahan. Pelbagai jenis bentuk, rasa dan hiasan juga menjadi tarikan orang ramai berkunjung ke kedai roti dan kek di situ. Justeru, perusahaan kedai roti dan kek memberi sambutan yang baik oleh semua lapisan masyarakat. Pengkaji menjalankan kajian terhadap perusahaan kedai roti dan kek di Seberang Jaya. Sumber: Google Maps Peta di atas menunjukkan kawasan Seberang Jaya. Seberang Jaya merupakan sebuah bandar baru berhampiran Butterworth, Pulau Pinang. Seberang Jaya kini telah muncul sebagai kawasan komersil yang pesat membangun dan menyumbang kepada peningkatan taraf hidup dan ekonomi. Populasi penduduk sekitar Bandar Seberang Jaya telah mencecah lebih 80 ribu orang. Pelbagai peluang pekerjaan telah diwujudkan dengan adanya kawasan industri ringan di Kawasan Perindustrian Jelawat, Seberang Jaya. Terdapat pelbagai kemudahan di situ seperti pusat beli-belah, kompleks sukan, hospital,sekolah dan restoran. Beberapa fasa baru kawasan perumahan turut dimajukan oleh beberapa syarikat pemaju swasta dan agensi kerajaan untuk menampung permintaan penduduk yang semakin bertambah. Sejak kedai roti dan kek dibuka, beberapa perkembangan dan kemajuan boleh dilihat seperti tempat pemasarannya yang mana di awal perniagaan hanya membuka separuh kedai yang kecil. Terdapat lima kedai roti dan kek telah wujud di persekitaran Seberang Jaya. Tujuan kedai roti dan kek dibuka adalah untuk mencari wang atau
  5. 5. pendapatan untuk menyara terus hidup. Pelbagai jenis roti dan kek yang telah ditawar seperti kek hari jadi, kek mentega, roti sekaya, mufin dan sebagainya. Antara kelebihan yang ditawarkan oleh kelima-lima kedai tersebut adalah rasa roti dan kek yang sedap, kualitinya terjamin, harga yang berpatutan. Antara keunikan atau keistimewaannya pula, kelima-lima kedai tersebut menyediakan pelbagai jenis perisa dan bentuk bagi setiap produk yang dikeluarkan. Pada era globalisasi ini, kedai roti dan kek telah menjadi tempat kebiasaan orang ramai berkunjung ke situ. 2.0 PERNYATAAN MASALAH Dalam kajian ini, perusahaan kecil dan sederhana telah menjadi agenda utama di Malaysia. Peruntukan kerajaan untuk membangunkan perusahaan kecil dan sederhana kurang dimanfaat oleh pengusaha tempatan. Kajian ini harus dilaksanakan untuk mengenal pasti masalah-masalah yang dihadapi oleh pengusaha. Dengan ini, masalah tersebut dapat diketahui dengan lebih jelas. Tindakan-tindakan juga dapat diambil dengan segera sekiranya terdapat apa-apa masalah. Sebagai contoh, masalah persaingan yang dihadapi oleh pengusaha dapat ditambahbaik melalui tindakan kerajaan. Selain itu, kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji sumber pembiayaan yang diperoleh oleh pengusaha. Sumber pembiayaan penting terhadap pengusaha untuk memulakan perniagaan. Ini bermakna, sumber kewangan yang perlu disediakan adalah peruntukan sebelum memulakan perniagaan, melancarkan perniagaan, kelengkapan melangsungkan perniagaan dan kemampuan penghasilan untuk terus berdaya tahan. Seterusnya, sumber pembiayaan juga penting untuk mengembangkan perniagaan pengusaha agar mendapat keuntungan yang maksimum. 3.0 OBJEKTIF KAJIAN Objektif kajian ini adalah untuk: 1. Mengenal pasti masalah-masalah yang dihadapi oleh pengusaha kedai roti dan kek. 2. Mengkaji sumber pembiayaan yang diperoleh oleh pengusaha kedai roti dan kek.
  6. 6. 4.0 KAEDAH KAJIAN Bahagian ini membincangkan kaedah kajian yang digunakan dan kaedah analisis data. 4.1 Data Primer Pengkaji menggunakan data primer iaitu temu bual dan soal selidik untuk menjalankan kajian ini. 4.1.1 Temu Bual Temu bual dilakukan bagi mendapatkan maklumat secara langsung dan secara lebih mendalam tentang sesuatu isu dalam kajian ini. Pengkaji bertemu bual dengan lima responden untuk mengumpul maklumat tentang masalah yang dihadapi dan sumber pembiayaan yang diperoleh oleh pengusaha. Kaedah ini juga membolehkan pengkaji menerangkan dengan jelas maksud soalan kepada responden agar mengelakkan salah tafsir dan salah anggap. 4.1.2 Soal Selidik Borang soal selidik telah diedarkan kepada lima orang responden. Tujuan ini adalah untuk melihat dan memudahkan untuk mengkaji data yang diberikan sama ada positif atau sebaliknya. Borang soal selidik ini mengandungi tiga bahagian iaitu Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C. Bahagian A adalah tentang latar belakang pengusaha kedai roti dan kek manakala Bahagian B adalah tentang masalah-masalah yang dihadapi oleh pengusaha kedai roti dan kek. Bahagian C adalah tentang sumber pembiayaan yang diperoleh oleh pengusaha kedai roti dan kek. 4.2 Buku Rujukan Kaedah ini diperoleh dari bahan-bahan bertulis yang sudah diterbitkan seperti buku rujukan. Kaedah ini lebih mudah dalam mencari maklumat dan data tambahan yang diperlukan untuk dimuatkan ke dalam kajian ini. 4.3 Kaedah Analisis Data Pada peringkat akhir kajian ini, telah dijalankan analisis secara deskriptif untuk menganalisis data daripada soal selidik. Data yang telah diperoleh dianalisis menggunakan peratusan, kekerapan rajah dan jadual untuk menunjukkan latar belakang pengusaha. Selain itu, masalah yang dihadapi dan sumber pembiayaan yang
  7. 7. diperoleh oleh pengusaha kedai roti dan kek menggunakan jadual dan peratusan untuk menganalisis data. Rumus bagi peratusan adalah seperti berikut: Amaun Jumlah x100 5.0 HASIL KAJIAN DAN PERBINCANGAN Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti masalah-masalah yang dihadapi dan mengkaji sumber pembiayaan yang diperoleh oleh pengusaha kedai roti dan kek. Data yang diperoleh daripada jawapan soal selidik dianalisis dan dikemukakan dalam dapatan kajian ini. 5.1 Latar Belakang Pengusaha Kedai Roti Dan Kek Jadual 1 di bawah menunjukkan latar belakang pengusaha kedai roti dan kek berdasarkan jenis pemilikan perniagaan, jumlah pekerja dan jumlah modal. Bil Aspek Kategori Kekerapan Peratusan(%) 1 Jenis Pemilikan Perniagaan Milikan Tunggal 2 40 Perkongsian 1 20 Sendirian Berhad 2 40 2 Jumlah pekerja 1-2 Orang 1 20 3-4 Orang 1 20 5-6 Orang 1 20 6 Orang Ke Atas 2 40 3 Jumlah Modal RM10000-RM20000 0 0 RM20001-RM30000 0 0 RM30001-RM40000 1 20 RM40001-RM50000 1 20 RM50001 ke atas 3 60 Jadual 1: Latar Belakang Pengusaha Kedai Roti Dan Kek Sumber: Kajian Lapangan 2014 Rajah 1 di bawah menunjukkan jenis pemilikan perniagaan yang diamalkan oleh pengusaha.
  8. 8. Rajah 1: Jenis Pemilikan Perniagaan Sumber: Kajian Lapangan 2014 Berdasarkan rajah 1 di atas menunjukkan jenis pemilikan perniagaan yang dikategorikan sebagai milikan tunggal, perkongsian dan sendirian berhad. Daripada kajian ini didapati 40% kedai roti dan kek merupakan milikan tunggal dan 40% lagi adalah Sendirian Berhad. Hanya 20% kedai roti dan kek merupakan perkongsian. Rajah 2 di bawah menunjukkan jumlah pekerja yang bekerja di kedai roti dan kek. Rajah 2: Jumlah Pekerja Yang Bekerja Di Kedai Roti Dan Kek Sumber: Kajian Lapangan 2014 Berdasarkan Rajah 2, didapati bahawa 20% responden mempunyai antara 1 hingga 2 pekerja di kedai mereka manakala 20% responden mempunyai antara 3 hingga 4 pekerja di kedai mereka. 20% responden yang lain lagi mempunyai 5 hingga 40% 20% 40% 0% 5% 10% 15% 20% 25% 30% 35% 40% 45% Milikan Tunggal Perkongsian Sendirian Berhad Jenis Pemilikan Perniagaan Milikan Tunggal Perkongsian Sendirian Berhad 20% 20% 20% 40% Jumlah Pekerja 1-2 orang 3-4 orang 5-6 orang 6 orang ke atas
  9. 9. 6 orang pekerja bekerja di kedai mereka. Terdapat 40% responden mempunyai 6 orang ke atas pekerja. Rajah 3 di bawah menunjukkan jumlah modal yang dimiliki oleh pengusaha kedai roti dan kek. Rajah 3 : Jumlah Modal Yang Dimiliki Oleh Pengusaha Kedai Roti Dan Kek Sumber: Kajian Lapangan 2014 Berdasarkan Rajah 3 di atas, 60% responden menggunakan modal melebihi RM50001 iaitu Secret Recipe, Summer Bakery dan Pacific Bakery. Seterusnya, 20% responden iaitu Black Forest menggunakan modal antara RM30001 hingga RM40000 dan 20% lagi responden iaitu LA Delight menggunakan modal antara RM40001 hingga RM50000 masing-masing. 5.2 Masalah-masalah yang dihadapi oleh pengusaha kedai roti dan kek. 20% 20%60% Jumlah Modal RM30001-RM40000 RM40001-RM50000 RM50001 ke atas
  10. 10. Jadual 2 di bawah menunjukkan masalah-masalah yang dihadapi oleh pengusaha kedai roti dan kek. Masalah Secret Recipe Pacific Bakery Summer Bakery LA Delight Black Forest Peratusan (%) Persaingan √ √ √ √ √ 100 Kekurangan Modal √ √ √ 60 Teknologi Yang Rendah √ √ √ 60 Bekalan Bahan Mentah √ √ √ √ 80 Pengurusan √ √ 40 Pekerja √ √ √ √ √ 100 Kemudahan Infrastruktur √ √ 40 Pemasaran √ √ √ 60 Kekurangan Pelanggan √ √ √ √ 80 Jadual 2: Masalah-masalah Yang Dihadapi Oleh Pengusaha Kedai Roti Dan Kek Sumber: Kajian Lapangan 2014 Berdasarkan jadual di atas, kelima-lima responden menghadapi masalah persaingan iaitu bersamaan 100%. Mereka mengalami persaingan yang sengit kerana terdapat banyak kedai roti dan kek di kawasan sekeliling di situ. Kebanyakan pesaing mengeluarkan produk yang homogen. Oleh itu, mereka terpaksa bersaing dari segi harga, reka bentuk dan juga rasa. Terdapat 60% responden menghadapi masalah kekurangan modal. Modal merupakan elemen penting yang perlu ada bagi memastikan perniagaan dapat terus berkembang maju. Masalah kekurangan modal ini berkait dengan kesukaran responden untuk mendapat pinjaman daripada bank. Bank kurang berminat memberi pinjaman kepada Black Forest kerana tidak mempunyai cagaran yang mencukupi dan kepercayaan kredit yang lemah, rekod akaun pembiayaan yang kurang baik atau perniagaan yang tidak berdaya maju. Begitu juga, sesetengah bank hanya memberi kelulusan separuh sahaja. Bank juga kurang memberi pinjaman kerana kadar faedah yang boleh dikenakan dikawal oleh Bank Negara Malaysia dan kurang yakin keupayaan responden untuk membayar balik pinjaman. Selain itu, LA Delight dan Black Forest yang mengamalkan milikan tunggal tidak dapat mengumpul dana modal yang banyak.
  11. 11. Hal ini membantutkan perniagaan mereka untuk berterus daya saing. Terdapat juga responden yang sukar mendapat pinjaman daripada rakan dan ahli keluarga mereka disebabkan hubungan konflik antara satu sama lain. Di samping itu, 60% responden mengalami masalah teknologi yang rendah. Ketiga-tiga responden ini masih lagi menggunakan peralatan dan mesin yang separa automatik dalam proses pengeluaran. Hal ini menjurus kepada pengeluaran yang rendah dan kurang kualiti. Sejumlah besar mereka tidak berupaya mendapatkan teknologi canggih dan moden kerana modal yang terhad dan kekurangan tabungan untuk membelinya. Keadaan ini berlaku disebabkan peralatan moden dan berteknologi tinggi seperti mesin pengadun kelajuan tinggi dan "Automated Cake Icing Equipment" memerlukan kos dan kemahiran yang tinggi. Hal ini menyebabkan mereka masih bergantung kepada mesin dan peralatan tradisional atau peralatan yang sudah digunakan bertahun-tahun yang lalu. Responden juga tidak mempunyai kepakaran atau pengetahuan dalam mengendalikan mesin dan peralatan. Mereka juga kurang inisiatif untuk menerapkan teknologi baharu. Oleh itu, perusahaan mereka adalah berintensif buruh. Namun, pekerja mereka juga tidak berpendidikan tinggi dan kurang mahir kerana tidak mampu mengupah pekerja mahir yang perlu dibayar dengan gaji besar. Jika mesin atau peralatan mengalami kerosakan, kos mesin tergendala dan upah bayaran untuk kerosakan mesin juga menyebabkan responden perlu menanggung beban tersebut. Dengan kekurangan ini menyebabkan produktiviti, kualiti, kuantiti dan kepelbagaian jenis barangan begitu terbatas dan sukar untuk dihasilkan. Bekalan bahan mentah juga merupakan salah satu masalah yang dihadapi oleh pengusaha kedai roti dan kek. Terdapat 80% responden menghadapi masalah tersebut. Masalah ini boleh menimbul disebabkan harga bahan mentah yang semakin melambung tinggi. Pertambahan populasi penduduk menyebabkan permintaan yang tinggi terhadap bahan mentah. Implikasinya, roti dan kek yang diperbuat daripada tepung gandum, telur dan gula menjadi mahal. Sementara itu, kerajaan telah menarik subsidi terhadap gula mengakibatkan semua bahan mentah menjadi lebih mahal. Lantaran itu, kos operasi meningkat dan seterusnya margin keuntungan perniagaan menurun. Responden juga sukar mendapat bahan mentah yang bermutu dengan kos yang rendah kerana tidak
  12. 12. mampu membeli secara pukal akibat kekurangan modal. Apabila menjelang musim perayaan, permintaan yang tinggi terhadap bahan mentah menyebabkan responden terpaksa bersaing dengan kedai roti dan kek yang lain untuk mendapat bahan mentah yang secukupnya. Keadaan ini menjadi teruk apabila harga yang ditawarkan oleh pembekal bahan mentah lebih tinggi. Pembekal bahan mentah ini lebih suka menjual bahan mentah mereka kepada firma-firma besar. Pembekal bahan mentah Secret Recipe sering lewat menghantar bahan mentah menyebabkan bekalan bahan mentah terpaksa ditunda. Kos pengangkutan yang dicajkan oleh pembekal bahan mentah juga begitu tinggi kerana segelintir bahan mentah perlu diimport dari luar negara seperti yis, marjerin, keju dan kondisioner doh. 40% responden menghadapi masalah pengurusan. Kelemahan pengurusan kewangan menyebabkan masalah modal berlaku. Hal ini disebabkan responden kekurangan pengetahuan dalam mengurus kewangan dengan baik. Sebagai contoh, mereka lemah dalam menguruskan aliran tunai, masalah hutang lapuk, dan lain-lain. Justeru, mereka juga tidak mampu mengupah akauntan dan juruaudit kerana kos upah yang tinggi. Tambahan pula, pengurusan dalam inventori juga merupakan antara masalah ketara dalam kalangan mereka. Kekurangan ruang atau ketiadaan stor untuk menyimpan bahan-bahan mentah seperti tepung gandum, garam dan gula menimbul pelbagai masalah. Jika bahan mentah yang disimpan terlalu banyak akan membawa kesan kos gudang yang tinggi, modal terikat, kerosakan, dan keusangan manakala kekurangan bahan mentah yang disimpan akan menjejaskan kos belian dan tidak memenuhi permintaan pelanggan yang begitu tinggi. Responden juga tidak cekap dalam mengurus masa. Mereka tidak cekap membahagikan masa yang ada kepada pekerja menyebabkan produk roti dan kek tidak dikeluarkan pada masa yang tepat. Dengan ini, pengurusan yang tidak cekap mewujudkan pembaziran dan kos operasi yang tinggi. 100% atau kelima-lima responden menghadapi masalah pekerja. Kadar pusing ganti pekerja yang tinggi merupakan masalah yang sering dialami oleh responden. Hal ini kerana pekerja tidak bermotivasi untuk bekerja dan sentiasa mengambil cuti. Kesukaran merekrut pekerja juga menjadi masalah tersebut
  13. 13. kerana generasi muda tidak berminat dalam bidang pembuatan roti dan kek kerana perlu memiliki kemahiran dalam membuat roti dan kek. Kos latihan yang tinggi perlu dilaburkan untuk memastikan pekerja mendapat latihan dan kemahiran yang diperlukan. Kerap kali pekerja berpengalaman dan terlatih berpindah ke firma besar yang menawarkan ganjaran lebih lumayan. Sikap memilih kerja oleh generasi muda menyebabkan kedai mereka kekurangan kakitangan. Sesetengah pekerja juga memberi alasan dengan persekitaran pekerjaan yang tidak selesa kerana bekerja di dapur yang berwap panas. Upah yang ditawarkan juga terlalu sedikit iaitu antara RM901 hingga RM1000 sebulan kerana kebanyakan pekerja adalah pekerja sementara sahaja seperti pelajar lepasan STPM dan siswazah. Oleh hal yang demikian, Pacific Bakery terpaksa mengupah pekerja asing untuk membantu dalam membuat roti dan kek. Perkhidmatan Secret Recipe yang kurang baik dalam kalangan pekerja seperti tidak senyum, malas dan lambat bertindak juga menimbulkan kemarahan pelanggan. Adakala daripada pekerja mereka perlu dipaksa, diarah atau diugut supaya membuat kerja kerana mereka tidak berinisiatif untuk bekerja. Kesannya, produktiviti dan prestasi perniagaan mereka turut merosot. Kemudiannya, 40% responden menghadapi masalah kemudahan infrastruktur. Kawasan di sekeliling Pacific Bakery dan Black Forest kekurangan tong sampah dan tiada lampu jalan yang cerah. Jarak antara tempat tinggal pekerja dengan tempat pekerjaan yang jauh menyebabkan pekerja menghadapi masalah kemudahan penginapan. Bayaran untuk parkir kereta juga begitu mahal iaitu RM 2 per jam dan RM 1 per jam untuk berikutnya. Sementara itu, 60% iaitu tiga responden menyatakan bahawa mereka menghadapi masalah pemasaran. Produk dan perkhidmatan mereka sukar dipasarkan kerana masalah kekurangan kewangan. Kebanyakan mereka menjual produknya sendiri tanpa dibantu oleh agen atau rangkaian peruncit. Produk mereka juga hanya dijual di tempatan ataupun luar daerah sahaja. Kekurangan pengetahuan dan sumber yang diperlukan dalam kalangan mereka juga menghalang mereka daripada menerokai pasaran antarabangsa. Hal ini kerana penerokaan pasaran antarabangsa memerlukan pengurusan yang mahir dan sumber kewangan yang banyak sebagai pelaburan pemulaan. Saluran pemasaran yang digunakan adalah saluran tidak langsung kerana meliputi perantara
  14. 14. pemasaran yang banyak seperti pemborong, pembekal, peruncit dan broker. Sebagai contoh, Black Forest yang tidak terlibat dalam proses pembuatan roti dan kek perlu menempah roti dan kek daripada pembekal Bread History. Harga yang ditawarkan oleh pembekal dan pemborong berbeza-beza menyebabkan responden sukar menentukan harga yang ditetapkan. Kebanyakan pemborong juga menjual produknya kepada orang tempatan manakala produk yang tidak dapat dijual perlu disimpan. Keadaan ini akan menyebabkan roti dan kek yang tidak tahan lama menjadi rosak dan akhirnya menjadi kerugian terhadap perniagaan mereka. Mereka juga jarang menjalankan aktiviti promosi kerana kos pengiklanan dan kos pembungkusan yang tinggi. Promosi melalui laman sesawang juga tidak memberi kesan kerana kedai mereka tidak berjenama berbanding dengan kedai roti dan kek yang lain. Akhir sekali, sebanyak 80% responden menpunyai masalah kekurangan pelanggan. Hal ini disebabkan pelanggan yang berpendapatan rendah tidak mampu membeli kek yang berharga tinggi. Bagi pelanggan yang berpendapatan tinggi, mereka akan memilih kedai roti dan kek yang berjenama dan berkualiti tinggi. Masalah ini menyebabkan kedai roti dan kek yang kurang berjenama berbanding dengan kedai yang lain tidak mendapat sambutan baik. Sebahagian besar roti dan kek yang dihasilkan bermutu rendah. Antara punca kepada keadaan ini termasuklah kualiti bahan mentah yang rendah, mesin dan teknologi yang rendah dan tiada sistem kawalan mutu, tahap kemahiran dan kepakaran pekerja yang rendah. Masyarakat kini lebih sedar menekankan kepentingan menjaga kesihatan. Kek yang berasaskan gula yang banyak menyebabkan permintaan terhadap kek jatuh. Hanya ketibaan musim perayaan atau hari jadi seseorang mendapat kunjungan pelanggan yang tinggi ke kedai mereka. Kekurangan pelanggan juga disebabkan oleh perubahan cita rasa pelanggan. Pembungkusan, reka bentuk dan hiasan roti dan kek yang tidak berwarna-warni atau tidak menarik juga membantut hasrat pelanggan untuk membeli di kedai mereka. Pelanggan berasa jemu terhadap rasa roti dan kek yang tidak enak dan sentiasa sama sahaja. Sesetengah roti tidak dibungkus atau tidak ditutup dengan tudung menjadi kehadiran lalat hinggap di atas roti. Hal ini menjijikkan pelanggan untuk membeli roti di kedai mereka. Kemudahan parkir kereta di sekitar Pacific Bakery dan Black Forest juga diperlukan bayaran yang tinggi
  15. 15. menyebabkan ramai pelanggan tidak berkunjung ke kedai mereka. Oleh itu, keinginan, kepuasan serta kesetiaan pelanggan membabitkan responden gagal memenuhi cita rasa pelanggan. 5.3 Sumber pembiayaan yang diperoleh oleh pengusaha kedai roti dan kek Jadual 3 di bawah menunjukkan sumber-sumber pembiayaan yang diperoleh oleh pengusaha kedai roti dan kek. Sumber Pembiayaan Secret Recipe Pacific Bakery Summer Bakery LA Delight Black Forest Peratusan (%) Sendiri √ √ √ √ √ 100 Keluarga √ √ 40 Rakan Kongsi √ 20 Institusi Kewangan √ √ √ 60 Jadual 3: Sumber-sumber Pembiayaan Yang Diperoleh Oleh Pengusaha Kedai Roti Dan Kek Sumber: Kajian Lapangan 2014 Berdasarkan jadual di atas didapati 100% responden menggunakan sumber pembiayaan sendiri untuk menjalankan perniagaan mereka. Sumber ini merupakan sumber yang paling murah yang tersedia oleh mereka. Hal ini kerana jika berlaku sebarang kerugian atau apa-apa masalah, maka mereka menggunakan simpanan peribadi mereka untuk menampung kos tersebut. Mereka juga menggunakan sumber pembiayaan sendiri untuk membeli peralatan, bahan mentah dan bayaran gaji kepada pekerja. Selain itu, mereka juga menggunakan modal simpanan sendiri atau menjual aset peribadi untuk membiayai perniagaan. Selepas mengambil kira simpanan peribadi, 40% responden mendapat pembiayaan daripada keluarga. Pembiayaan modal ini adalah mudah dan ringkas serta tidak memerlukan pendokumentasian yang banyak dan rumit. Biasanya, keluarga lebih anjal dari segi pembayaran balik dan karang sekali mengenakan syarat tertentu. Selain itu, mereka juga tidak perlu membayar faedah atas pinjaman seperti pinjaman yang diperoleh menerusi bank dan tidak perlu meletakkan cagaran atas pinjaman. Tempoh masa pinjaman yang
  16. 16. diberikan juga adalah lebih flexsibel. Responden juga memberi sebahagian keuntungan yang diperoleh kepada pihak yang memberi pinjaman. Walaubagaimanapun, pinjaman sedemikian menimbulkan harapan yang kurang realistik atau salah faham antara mereka dan boleh menggugat perhubungan antara keluarga. 20% responden iaitu Summer Bakery mendapat sumber pembiayaan daripada rakan kongsi. Hal ini kerana kedainya merupakan perkongsian. Oleh itu, dana modal daripada rakan kongsi dapat dikumpulkan dan bersama-sama membiayai perniagaan mereka. Terma persetujuan bagi pendekatan ini lazimnya lebih longgar dan boleh dirunding sama ada dikenakan bayaran kadar faedah atas amaun pokok ataupun dibahagi sebahagian daripada keuntungan perniagaan. Namun, dokumentasi perjanjian formal masih diperlukan untuk melindungi kedua-dua pihak yang memberi pinjaman dan peniaga. Rakan kongsi perlu mematuhi kepada terma persetujuan walaupun perikatannya agak longgar kerana keyakinan peminjam sangat penting untuk kerjasama jangka panjang terutama bagi keperluan pembiayaan dalam masa yang terhad. Di samping itu, terdapat 60% iaitu tiga orang responden memperoleh sumber pembiayaan melalui institusi kewangan. Institusi kewangan seperti Public Bank, MayBank, Hong Leong Bank memberi kemudahan pinjaman kepada responden. Kemudahan kad kredit turut disertakan melalui bank tersebut. Justeru, responden dapat membeli peralatan dan mesin tanpa menggunakan tunai atau boleh mengeluarkan tunai melalui mesin juruwang automatik untuk kegunaan tertentu. Responden juga membuat tabungan dan deposit ke dalam akaun mereka. Oleh itu, faedah yang diberi oleh bank perdagangan dapat menambah modal dalam perniagaan mereka. Seterusnya, responden juga membeli insurans untuk mendapat perlindungan kepada mereka jika perniagaan mereka mengalami kerugian seperti kecurian, kebakaran, kecederaan dan sebagainya. Melalui bantuan ini, responden dapat mengembangkan perniagaan mereka sehingga hari ini. 6.0 CADANGAN
  17. 17. Berdasarkan kajian yang telah dibuat didapati bahawa masalah dominan yang dihadapi oleh pengusaha kedai roti dan kek adalah masalah persaingan dan masalah pekerja. Keadaan ini diikuti dengan masalah bekalan bahan mentah, kekurangan pelanggan, kekurangan modal, teknologi yang rendah, masalah pemasaran, masalah pengurusan dan akhirnya masalah kemudahan infrastuktur. Kini, terdapat warung-warung di tepi jalan dan pasar raya yang menjual roti dan kek dibuka bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Persaingan ini menjadi masalah ketara yang dihadapi oleh responden. Mereka bersaing untuk merebut pelanggan, bersaing untuk meningkatkan jualan dan keuntungan, dan bersaing untuk mendapatkan apa-apa sahaja yang terbaik dalam perniagaan mereka. Oleh itu, responden perlu sentiasa bersedia untuk memperbaiki segala kekurangan yang terdapat dalam perniagaan mereka. Bukan itu sahaja, responden juga perlu mengeratkan hubungan sillaturahim dengan pesaing yang lain serta memastikan suasana perniagaan yang berdaya saing. Persaingan dalam perniagaan haruslah dilakukan dengan sihat dan baik agar semua pesaing yang terlibat dapat memperolehi manfaat dan tidak memudaratkan pesaing yang lain. Seterusnya, masalah pekerja juga merupakan masalah yang dihadapi oleh semua responden. Pelbagai modus operandi yang dapat diselesaikan dalam kalangan masalah pekerja. Sebagai contoh, responden perlu memotivasi pekerja dan memberi perangsang kepada pekerja supaya rajin bekerja. Bagi pekerja yang tiada kemahiran dalam membuat roti dan kek, responden seharusnya sentiasa memberi tunjuk ajar kepada pekerja. Responden boleh mengajar mereka cara membuat roti dan kek yang lebih enak, hiasan yang cantik serta mempelbagaikan jenis rasa. Responden juga mesti peka terhadap perubahan teknologi yang terkini untuk meningkatkan roti dan kek mereka. Tambahan pula, responden haruslah meluangkan masa untuk berbincang dengan pekerja tentang masalah disiplin pekerja seperti malas, kerap mengambil cuti dan tidak berminat untuk bekerja. Bagi pekerja yang lama bekerja di kedai mereka, responden boleh memberi ganjaran kepada mereka seperti bonus, kenaikan gaji, kenaikan pangkat atau mengadakan aktiviti pelancongan di destinasi yang menarik. Hal ini secara tidak langsung dapat menarik orang lain menceburi dalam bidang pembuatan roti dan kek.
  18. 18. Dari segi sumber pembiayaan yang diperoleh oleh pengusaha kedai roti dan kek, kebanyakan responden mendapat sumber pembiayaan daripada simpanan sendiri . Hal ini disebabkan sumber ini senang diperolehi tanpa dipengaruhi oleh pihak lain. Walaubagaimanapun, sumber pembiayaan ini masih tidak mencukupi untuk menjalankan perniagaan mereka dalam tempoh masa yang panjang. Mereka masih memerlukan bantuan daripada institusi kewangan. Bagi responden yang gagal mendapat pinjaman daripada bank perdagangan, kerajaan harus menghulurkan bantuan dengan melonggarkan syarat pinjaman kepada mereka agar mereka dapat meminjam wang untuk menambah dana dalam perniagaan mereka. Kerajaan juga hendaklah menubuhkan banyak Bank Perusahaan Kecil dan Sederhana Berhad (SME Bank). Agensi ini memainkan peranan sebagai pusat sehenti kewangan untuk pembiayaan keperluan pembangunan PKS. Sebagai contoh, responden boleh mendapat bantuan daripada agensi ini untuk meluaskan tapak premis kedai mereka atau membeli peralatan yang lebih canggih. Bagi responden yang tidak mahir dalam pengurusan perniagaan mereka boleh mendapat bantuan daripada Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (SMIDEC). Perbadanan ini memberi khidmat nasihat perniagaan melalui "SME Business Advisory Centre" dan memberi sokongan kepada PKS. Kerajaan juga perlu menganjurkan Program Peningkatan Kemahiran. NPC, MARA dan MEDEC membantu pengusaha meningkatkan kemahiran pekerja. Dengan adanya program ini kemahiran pekerja dalam membuat roti dan kek dapat diperkasakan melalui latihan, seminar dan konsultasi lanjutan. Sumber pembiayaan yang lain yang diperoleh oleh pengusaha kedai roti dan kek adalah daripada keluarga dan rakan kongsi. 7.0 RUMUSAN KAJIAN Secara rumusnya, perusahaan kecil dan sederhana amat penting kepada negara kita kerana menyumbang pendapatan negara melalui Keluaran Dalam Negara Kasar. Kewujudan PKS juga dapat mencipta peluang pekerjaan kepada masyarakat untuk mengurangkan kadar pengangguran di negara kita. Secara ringkasnya, kajian ini dijalankan bagi melihatkan masalah-masalah yang dihadapi oleh pengusaha kedai roti dan kek. Masalah utama yang dihadapi oleh pengusaha kedai roti dan kek adalah masalah persaingan dan masalah pekerja. Hal ini kerana terdapat banyak kedai roti
  19. 19. dan kek di kawasan Seberang Jaya. Masalah pekerja adalah disebabkan mereka kurang motivasi untuk bekerja. Oleh itu, masalah-masalah yang dihadapi oleh pengusaha kedai roti dan kek perlu dibendung untuk memastikan semua perusahaan kecil dan sederhana lebih maju dan berdaya saing pada masa hadapan. Selain itu, 100% responden memperoleh sumber pembiayaan daripada simpanan peribadi dan 60% adalah daripada institusi kewangan. Dengan ini, pengusaha dapat menggunakan sumber pembiayaan tersebut untuk terus mengembangkan perniagaan mereka.
  20. 20. 8.0 SENARAI RUJUKAN SME CORP, Definisi Baharu Perusahaan Kecil Dan Sederhana (PKS), dimuat turunkan pada 10 Julai 2014 dari http://www.smecorp.gov.my Wikipedia, Kedai Membuat Roti, dimuat turunkan pada 11 Julai 2014 dari http://ms.wikipedia.org/wiki/ Laporan Tahunan PKS 2012/13, Majlis Pembangunan PKS Kebangsaan, dimuat turunkan pada 16 Julai 2014 dari http://www.smecorp.gov.my/ Theng Kock Leing.2013. Teks Efektif STPM Ekonomi Malaysia Sistem Pentaksiran Baharu STPM Penggal 3. Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan: Ilmu Bakti Sdn. Bhd. Lai Mooi Chang. 2013. Teks Pra-U STPM Ekonomi (Ekonomi Malaysia) Penggal 3. Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan : Pearson Malaysia Sdn. Bhd.

KEDAH :AHMAD BASHAH SEDIA TUKAR DARI JELAPANG PADI KE JELAPANG KETUM

Tags
               

     Permintaan daun ketum daripada syarikat farmasi di Eropah dan Amerika Syarikat ialah pasaran yang boleh diteroka dalam menjadikan tumbuhan itu alternatif kepada perubatan moden.

Pengerusi Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda), Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata ia selaras dengan cadangan pihaknya untuk menanam ketum bagi tujuan eksport.

"Saya sudah mengemukakan cadangan kepada kerajaan dan masyarakat. Sekarang terpulang, jika kita tolak, beberapa negara lain bersedia menanam ketum untuk memenuhi permintaan tersebut," katanya mengenai cadangan tersebut yang ditolak pelbagai pihak.

Beliau berkata kajian mendapati ketum memiliki ramuan penting dalam pembuatan ubat bagi kegunaan musim sejuk.

"Mereka (negara lain) akan mempatenkan segalanya sebelum dipasarkan ke seluruh dunia dan kita perlu bertindak pantas dalam isu ini," tambahnya.

Datuk Zahidi berkata selain Universiti Sains Malaysia (USM) di Pulau Pinang, farmasi di Eropah dan Amerika Syarikat banyak membuat penyelidikan mengenai tumbuhan itu.

"Sekolah Menengah Sains Tengku Mohamad Jiwa, Sungai Petani (Kedah) pula mendapat anugerah peringkat Asian kerana membuat kajian mengenai ketum," katanya.

Katanya lagi, ketum sejak zaman dahulu digunakan dalam perubatan tradisional untuk memulihkan tenaga, rawatan kolesterol, kencing manis dan cirit-birit.
 
"Masalah yang berlaku ialah terdapat segelintir orang yang mencampurkan air rebusan ketum dengan bahan lain seperti ubat nyamuk dan ubat gegat untuk menjadikan peminumnya merasa khayal.

Naruto Special: Hari Naruto Menjadi Hokage

Tags

5 Sebab Ini Anda Harus Berhati-hati Apabila Berkawan Dengan Gadis Kelantan

Tags

Sesuatu yang menarik untuk dikongsi dalam artikel kali ini adalah berkenaan dengan gadis Kelantan. Tidak dinafikan ramai yang berkata gadis cantik  selalunya berasal dari Kelantan. Satu daerah di Kelantan iaitu Pasir Mas adalah “lubuk” gadis-gadis cantik di Kelantan. Kenyataan ini bukan direka-reka tetapi atas pengakuan oleh orang Kelantan sendiri.

Kisah pengalaman ini dikongsi dari penulis blog HASRUL HASSAN. Mari kita tengok.

Saya akan berikan lima alasan untuk anda terutama lelaki supaya sentiasa berwaspada dan berhati-hati apabila berkawan dengan wanita yang berasal dari Kelantan, apatah lagi andai anda menjalinkan hubungan serius dengannya.

Pengalaman saya pernah berkawan dan bercinta dengan wanita atau gadis dari Kelantan. Ketika itu, saya berada di tahun akhir pengajian di IPT. Memang tidak disangkal, gadis dari Kelantan memang lawa-lawa dan cantik. Kata kawan saya, gadis Kelantan dari Pasir Mas adalah yang paling cantik. Kata dia lagi, kebanyakkannya; disebabkan oleh kahwin campur dengan pedagang Arab satu ketika dahulu.

Kalau anda perhati betul-betul, itulah antara sebab ramai wanita dan gadis Pasir Mas yang mempunyai hidung mancung dan kulit putih cerah, serta mempunyai warna mata yang menawan iaitu berwarna coklat kebiruan dan kelabu, lengkap dengan alis mata dan kening hitam serta tebal, seolah memakai celak. Kemudian, kulit dan tangan mereka nampak gebu dan kelihatan lembut. Ma Sha Allah.

5 Alasan Kukuh Mengapa Anda Perlu Berwaspada Dengan Gadis Kelantan
Cantik-cantik, tapi awas … berkawan dengan wanita dan gadis Kelantan memang ada risiko. Sepertimana saya, bercinta bagai nak rak, tetapi akhirnya putus cinta tak sampai pun setahun menjalinkan kemesraan .. sob .. sob…. huwaaaaa … uhuk..uhuk.

Ok, saya nak kongsikan sedikit info am yang mungkin tidak 100% benar, namun kalau mengikut perkembangan dan pemerhatian semasa, mungkin ada daripada anda yang akan bersetuju dengan lima alasan ini …


1. Elakkan Menipu Wanita Kelantan Dalam Hal Berniaga: Uhh .. wanita Kelantan memang bijak berniaga. Tak perlu jenguk jauh-jauh, anda pergi sahaja ke Pasar Khadijah … di situ sudah nampak bukti bahawa wanita Kelantan memang hebat dalam berniaga. Bukan setakat berniaga kecil-kecilan, berniaga besar-besaran pun hebat .. tak percaya? Lihat sahaja Neelofa, Datuk Sri Vida dan ramai lagi. Kalau anda didapati menipu dalam bab berniaga ni, awas … anda mungkin akan berhadapan dengan masalah …. hehehe.

2. Mereka Sangat Menggoda: Walaupun mereka tidak berwatakan gelenya atau gatal, tetapi mereka mempunyai penampilan yang cukup menggoda. Tak perlu nak tergedik-gedik seperti sesetengah wanita dan gadis … wanita Kelantan menerusi kecantikan semulajadi sudah cukup untuk membuatkan lelaki tergoda. Malah, ada ramai perempuan yang menjadikan wanita dan gadis Kelantan sebagai idola mereka .. tak percaya? Lihat sahaja Neelofa .. huhuhu. Jadi, awas .. anda mungkin mudah tergoda dengan mereka.

3. Sangat Berdikari: Ada masa saya akan menonton rancangan BersamaMu TV3, menerusi rancangan itu … setiap kali disiarkan kisah keluarga yang bermasalah terutamanya di Kelantan, maka akan muncullah satu ‘ikon’ wanita yang sangat berdikari dalam membantu keluarga. Wanita Kelantan juga terkenal dengan sikap mereka yang rajin berusaha dalam mencapai sesuatu kejayaan …. mereka boleh hidup dengan hebat tanpa bantuan lelaki. Tidak percaya? Anda lihat sendiri pengasas produk Qu Puteh …. huhu. Jadi, awas … lelaki mungkin tidak penting dalam hidup wanita dan gadis dari Kelantan (dalam aspek untuk sara kehidupan).

4. Manisnya Mulut dan Lembutnya Tutur Kata: “Aduh… sakitnya tuh di sini .. di dalam hatiku ..” haha… tetiba teringat kisah lampau ketika bercinta dengan gadis Kelantan. Yeap … memang benar, kebanyakkan wanita dan gadis dari Kelantan bermulut manis dan lembut tutur kata. Mereka bijak menggunakan ayat sehingga membuatkan ramai boleh cair dan terpikat, hatta bila berbicara di dalam loghat Kelantan. Kalau tidak, masakan saya boleh jatuh hati … kui kui kui ….  nak minta break pun, boleh menerima dengan lapang dada (ketika itu) seadanya. Jadi, awas dengan bicara wanita Kelantan …  huhuhu .. cubalah masuk ke gerai-gerai yang ada di Pasar Khadijah, dan anda akan tahu apa maksud saya.

5. Berani: Wanita dan gadis dari Kelantan memang berani. Malah, kadangkala lebih berani dari mana-mana lelaki ….hmmm pernah tengok video viral wanita Kelantan bertumbuk dan berterajang tak? Ngeri tak? Uhh .. dalam kelembutan seorang wanita dan gadis dari Kelantan, ada ‘kekerasan’, kecekalan dan keberanian. Jangan main-main, anda mungkin jadi ‘mangsa’ mereka. Lihat sahaja keberanian yang ada pada seorang pengasas produk kecantikan yang popular di Malaysia, pengasas Qu Puteh .. lihat betapa beraninya beliau sehingga berjaya mengecat Stadium Kelantan dengan warna pilihannya … malah, jersi pasukan bolasepak Kelantan pun dia ubah … fuh memang powerrrr!! Mereka juga berani mengambil peluang tanpa fikir risiko dengan mendalam.

Semoga pengalaman saya ini sedikit sebanyak boleh membantu anda untuk mengenali lebih dekat lagi dengan wanita yang berasal dari kelantan.

Sumber asal: hasrulhassan.com