Jumat, 25 April 2014

Gadis Bawah Umur Jadi Mangsa Serakah Abang Angkat Dan Rakan

Tags






gadis bawah umur, nafsu serakah, abang angkat, cabul kehormatan, dirogol, persetubuhan luar tabii,
KUANTAN - Seorang remaja perempuan bawah umur menjadi mangsa serakah seorang abang angkat dan rakannya apabila dirogol serta dipaksa melakukan persetubuhan luar tabii di sebuah pantai rekreasi di sini pada 28 Mei lalu.


Kedua-dua tertuduh ditangkap sehari selepas kejadian.



Pelajar Tingkatan Tiga itu menjadi mangsa abang angkatnya yang hanya berusia 16 tahun 8 bulan, dari Jalan Gambang di sini manakala rakannya seorang penganggur, Akmal Hakim Abdul Rashid, 22, dari Permatang Badak Jaya telah dihadapkan di Mahkamah Trafik di sini, hari ini.



Akmal dituduh menggunakan kekerasan jenayah terhadap mangsa dengan niat untuk mencabul kehormatannya di kawasan pantai berhampiran pantai Zoo Teruntum, Jalan Tembeling Resort di sini kira-kira jam 9 hingga 10 malam.



Tertuduh boleh dihukum di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara hingga 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana dua daripda seksaan tersebut jika sabit kesalahan.



Majistret Tuan Ruziani Tuan Lah mengenakan ikat jamin RM2,500 dan menetapkan 3 Julai ini untuk melantik peguam.


EmoticonEmoticon