Jumat, 25 April 2014

Bapa Tiri Kejam - Cucuh Bontot Dengan Besi Panas






melecur, punggung, bontot, mangsa penderaan, bapa tiri, besi panas,
Seorang kanak-kanak berusia enam tahun melecur punggung kiri dipercayai akibat dicucuh besi panas oleh bapa tirinya berusia 40 tahun ketika bercuti di rumah ibunya di Kampung Gong Machang, Besut, awal bulan ini.

Kejadian menimpa kanak-kanak lelaki berkenaan yang dikatakan menjadi mangsa penderaan bapa tirinya yang bekerja sebagai penternak ikan disedari bapa kandungnya berusia 29 tahun selepas tiga hari mengambil kanak-kanak berkenaan daripada jagaan ibunya.

Difahamkan sejak ibu bapa mangsa bercerai tiga tahun lalu, kanak-kanak berkenaan dijaga nenek dan bapa kandungnya yang bekerja sebagai pemandu jentolak dan menetap di Kampung Raja, Besut dan sesekali bercuti di rumah ibunya yang berkahwin dengan suspek.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner K Manoharan, berkata sebaik menjemput anaknya di rumah bekas isteri kira-kira jam 7.30 malam pada Sabtu lalu, bapa mangsa bergegas ke Serdang, Selangor atas urusan kerja dan meninggalkan kanak-kanak berkenaan bersama neneknya.

Katanya, kejadian menimpa mangsa disedari bapanya selepas pulang dari Serdang Isnin lalu, sebaik mangsa mengadu sakit di bahagian punggung, sebelum terkejut dan marah apabila melihat kesan lecur serta luka di punggung kanak-kanak berkenaan.

“Apabila bapa mangsa bertanya pada anaknya, kanak-kanak berkenaan menceritakan kejadian dia dicucuh besi panas di punggungnya ketika bercuti di rumah ibunya pada 4 hingga 9 Jun lalu.

“Bapa mangsa kemudian membawa kanak-kanak berkenaan mendapatkan rawatan di Hospital Besut, sebelum membuat laporan di Balai Polis Kampung Raja, Besut, pada 11 Jun lalu,” katanya di sini, semalam.

Manoharan berkata, sebaik menerima laporan, sepasukan anggota polis yang menjalankan gerakan memburu suspek berasal dari Kampung Permaisuri, Setiu berjaya menahannya kira-kira jam 2 pagi di rumahnya di Kampung Gong Machang, kelmarin.

Katanya, kanak-kanak berkenaan kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan sudah dibenarkan pulang selepas mendapat rawatan. Polis turut mendapati kanak-kanak berkenaan mempunyai bekas luka di jari dan siasatan dijalankan bagi mengenal pasti sama ada berpunca daripada suspek sama.

Beliau berkata, suspek kini ditahan reman di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Besut, Kampung Raja selama empat hari bermula Selasa hingga Jumaat ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 30(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 kerana mendera.


Kamis, 24 April 2014

"Nikah Koboi" Ayah Paksa Anak 10 Tahun Nikah Dengan Rakan Jemaah






kahwin paksa, nikah, jurunikah, wali,
PASIR MAS: “Baba jahat!...Baba jahat!” tangis seorang budak perempuan berusia 10 tahun kepada ibunya selepas dinikahkan secara paksa oleh bapa kandung dengan rakan jemaahnya berusia 30-an di sini.

Lebih memeranjatkan, upacara ‘nikah koboi’ itu diadakan dalam sebuah kereta dengan bapa kanak-kanak itu bertindak sebagai jurunikah dan wali sambil disaksikan seorang saksi tanpa kehadiran pengantin perempuan.

Pernikahan diragui itu diceritakan sendiri ibu kanak-kanak terbabit yang hanya ingin dikenali sebagai Na, 33, kepada Harian Metro selepas dimaklumkan anak perempuannya itu.

Katanya, dia terkejut kerana tidak menyangka suaminya tergamak menikahkan anak perempuan mereka yang masih budak dengan rakan jemaahnya tanpa memaklumkan kepada ahli keluarga pada 22 Februari lalu.

“Mulanya saya terkejut apabila anak perempuan pulang ke rumah pada pagi 23 Februari lalu dengan menangis teresak-esak sambil memarahi bapanya dengan perkataan ‘baba jahat!’.

“Dia mengulangi perkataan itu berulang kali sambil menambah ‘baba kahwinkan saya dengan kawannya’ menyebabkan saya tertanya-tanya maksud di sebalik ayat terbabit,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Beta, Pohon Buluh di sini, semalam.

Harian Metro difahamkan, proses pernikahan ringkas itu berlaku jam 5 petang apabila si bapa menikahkan sendiri anak perempuannya tanpa mengikut prosedur pernikahan biasa dan berlaku dalam suasana serba ringkas dalam kereta.

Bagaimanapun, ‘pengantin perempuan’ tidak hadir ketika upacara akad nikah itu berlangsung, sebaliknya dia hanya dibawa ke hotel selepas disahkan suami isteri.

Difahamkan, lelaki terbabit menikahkan anak perempuannya itu selepas dijanjikan ganjaran pahala oleh rakan jemaahnya selain ditaburkan janji manis kononnya ia mengikut sunnah Nabi dan pahalanya berlipat ganda.

Dia yang terpengaruh dengan ‘janji syurga’ kononnya mendapat ganjaran berlipat kali ganda kemudian bersetuju mewali dan menikahkan anaknya walaupun baru berusia 10 tahun.

Meskipun pernikahan terbabit mungkin sah mengikut syarak, namun tindakan menikahkan budak berusia 10 tahun menjadi kesalahan mengikut undang-undang syariah kerana masih di bawah umur.

Na berkata, dia segera mendapatkan penjelasan daripada anak perempuannya itu untuk mengetahui perkara sebenar, sebelum anak kedua daripada empat beradik itu menceritakan dia sudah dinikahkan.

“Tergamam saya ketika itu apabila dia beritahu dikahwinkan dengan rakan suami saya tanpa kerelaannya. Perasaan marah terhadap suami meluap-luap. Persoalannya mengapa dia sanggup mengahwinkan anak yang masih mentah.

“Ini menyebabkan saya segera bertemu rakan suami di sebuah masjid kira-kira 200 meter dari rumah untuk mendapatkan penjelasan mengenai pernikahan itu dan dia mengesahkannya,” katanya.

Katanya, berdasarkan pengetahuannya, proses pernikahan itu berlangsung di dalam sebuah kereta yang sedang bergerak dan suaminya mewalikan pasangan anaknya sambil memandu.

“Saya dapat tahu anak saya diperdaya suami kononnya mahu membawa dia membeli-belah di sebuah pasar raya di Kota Bharu bersama saya yang sedang menunggu di situ.

“Bagaimanapun, semua barang yang dibeli dibayar rakannya sebelum dia dibawa ke sebuah hotel dekat Kota Bharu. Mereka menyewa dua bilik hotel. Sebuah untuk anak dan ‘suaminya’, manakala sebuah lagi untuk suami,” katanya.

Na berkata, selepas mengetahui dia sudah dinikahkan, anaknya menggunakan helah untuk tidur dengan tukang sapu wanita hotel terbabit sebelum dibawa pulang keesokannya.

Berikutan itu, Na ke Balai Polis Pasir Mas pada 25 Februari lalu untuk melaporkan mengenai perkahwinan anaknya dengan lelaki terbabit.

Pada masa sama, ibu kanak-kanak terbabit turut membuat laporan di Jabatan Hal-Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) selepas mendapat nasihat daripada ahli keluarga.

Berikutan itu, katanya, anaknya dikenakan perintah mufarakah (dipisahkan) dengan lelaki yang mengahwininya oleh Mahkamah Rendah Syariah Kota Bharu, minggu lalu.

Difahamkan, kejadian itu berlaku sebelum akhbar mendedahkan mengenai seorang lagi kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun, namun lokasinya berbeza iaitu di sebuah madrasah berhampiran masjid besar di Machang.

Kantoi Rakam 2 Doktor Wanita Mandi, Doktor Lelaki Dihadap Ke Mahkamah






teman sekerja, berbogel, rakam video wanita bogel, doktor wanita, pesalah seks, kepuasan seksual,
Seorang doktor yang merakamkan secara rahsia imej teman sekerjanya berbogel didapati bersalah atas tiga tuduhan di mahkamah dan dibatalkan pendaftaran amalannya, lapor media semalam.

Pakar kardiologi, Vivek Baliga, berdepan tuduhan menggunakan kamera video untuk mengintip dua wanita teman sekerjanya.

Menurut pertuduhan, Baliga, 33, mempelawa seorang doktor wanita dan teman lelakinya datang ke rumah ketika itu dia menetap di Leeds. Ketika menggunakan bilik mandi di situ, wanita terbabit berasa curiga apabila melihat beberapa kotak menghadap tingkap yang ada di situ.

Selepas memeriksanya, doktor wanita itu mendapati ada peralatan perakam disembunyikan dalam kotak berkenaan.

Dia kemudian membuat aduan kepada polis dan selepas diperiksa, lebih banyak imej ditemui tersimpan dalam komputer Baliga. Antara imej yang ada, doktor wanita sama mandi di rumahnya sendiri, serta seorang lagi doktor wanita yang sedang menggunakan tandas juga di rumahnya.

Baliga yang ketika itu melanjutkan pengajian peringkat doktor falsafah dalam kajian kardiologi, dihukum menjalani khidmat komuniti selama tiga tahun.

Dia juga diarah mengambil bahagian dalam program rawatan pesalah seks. Hakim Scott Wolstenholme berkata, tingkah laku Baliga sebagai “menjijikkan dan keji.” Panel Perkhidmatan Tribunal Pengamal Perubatan berkata, mereka mendapati perbuatan Baliga tidak melayakkannya terus menjadi doktor.

“Kesalahan yang disabitkan ke atas kamu serius dan dibuat untuk kepuasan seksual sendiri. “Ia dilakukan secara terancang, berulang dan dalam tempoh lama,” katanya. Justeru, kata panel itu, ia tidak dapat diterima sebagai perbuatan seorang pengamal perubatan.

Malu Cerita Mati Pucuk Tersebar, Suami Belasah Isteri Dengan Kerusi






jaja cerita, isteri dibelasah, suami mati pucuk, mengaibkan, tanggung malu,
Akibat menjaja cerita suami sendiri mati pucuk, seorang wanita dicekik dan dibelasah dengan kerusi apabila suaminya itu mengamuk selepas mendapat tahu berita yang mengaibkan itu tersebar di kawasan perumahannya.

Kejadian pada 1.45 pagi di Apartmen Idaman, Damansara Damai itu berlaku selepas mangsa dituduh menyebarkan cerita kononnya suaminya itu mati pucuk.

Wanita warga Indonesia itu bagaimanapun bernasib baik selepas sempat menghubungi polis bagi mengelak dibelasah dengan lebih teruk.

Dia yang hanya mahu dikenali sebagai Sal, 50, mengaku sering dipukul dengan kerusi oleh suaminya meskipun melakukan kesalahan kecil.

“Sejak mula berkahwin tiga tahun lalu, suami tidak pernah bekerja, saya sahaja yang cari duit, bila saya nasihat macam-macam dia maki saya,” katanya.

Dalam pada itu anggota polis yang hadir cuba menenangkan suaminya meskipun suasana ketika itu agak tegang dengan pelbagai ugutan diberikan termasuk mahu menceraikan isterinya.

Suami wanita itu ketika ditemui berkata, dia kecewa dengan sikap isterinya yang gemar menceritakan keburukan keluarga kepada orang luar dan jiran tetangga.

“Saya terpaksa menanggung malu dengan orang sekeliling kerana dia buat cerita saya mati pucuk sebab itu saya maki dan pukul dia,” katanya.

Buat Anak Lepas Tu Jual






rumah jagaan kanak-kanak, jual bayi, pelacuran, jual anak,
PENGARAH Urusan Rumah Jagaan Kanak-Kanak Nur Salam di Chow Kit, Kuala lumpur, Hartini Zainudin, 50, mendedahkan, masih ada kes bayi dan kanak-kanak gelandangan yang dijual serta menjadi mangsa kegiatan pelacuran di Malaysia.

Hartini yang berpengalaman luas berhubung isu pemerdagangan kanak-kanak khususnya di Chow Kit memberitahu, banyak faktor yang menyebabkan golongan itu mudah terjerat.

"Ada sebahagian kanak-kanak dijanjikan pekerjaan seperti di hotel dan spa, kemudian apabila dewasa mereka kononnya akan berkahwin dan hidup bahagia.

"Namun, ada yang lebih malang apabila mereka dijual keluarga sendiri atau diculik oleh sindiket sebelum dijual," katanya.

Kanak-kanak didefinisikan oleh undang-undang antarabangsa sebagai mereka yang berumur bawah 18 tahun.

Kata Hartini, kebanyakan remaja digunakan untuk pelacuran atau seks manakala kanak-kanak bawah 10 tahun dieksploitasi sebagai peminta sedekah.

Malang kepada bayi pula, mereka dijual dengan harga tertentu kepada pasangan yang tidak mempunyai anak.

"Bayi yang dijual berharga antara RM2,000 hingga RM10,000 manakala kanak-kanak antara RM1,000 hingga RM3,000.

"Ini kerana ibu bayi tersebut tidak mampu menyara mereka selain tekanan yang diberikan oleh ibu dan juga bapa ayam. Itu menyebabkan mereka mengambil tindakan nekad menjual sahaja bayi tersebut," katanya.

Bukan warganegara

Hartini memberitahu, kerajaan kini memandang serius isu pemerdagangan orang terutamanya bayi dan kanak-kanak dengan penguatkuasaan Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007.

"Kebanyakan wanita yang melahirkan bayi terdiri daripada wanita yang terlibat dengan kegiatan pelacuran.

"Ada dalam kalangan mereka yang bukan warganegara seperti wanita Vietnam dan Myanmar serta tidak mempunyai dokumen diri. Ini mendorong mereka mengambil jalan mudah dengan menjualkannya sahaja bayi mereka.

"Akhirnya, apabila bayi itu dewasa kelak mereka terdedah kepada pelbagai perkara negatif termasuk melakukan jenayah akibat tidak mempunyai pelajaran serta tidak mendapat kemudahan kesihatan dan makanan yang secukupnya," ujarnya.

Tutur Hartini, sebanyak 80 peratus kanak-kanak gelandangan tidak mempunyai identiti diri apatah lagi hak kewarganegaraan.

"Ini kerana proses untuk mengenal pasti keturunan mereka mengambil masa selama bertahun-tahun di samping menjalani ujian asid deoksiribonukleik (DNA).

"Warga tempatan sekali pun cukup sukar untuk mengesan ibu bapa sebenar mereka inikan pula warga asing. Tetapi lebih baik kita menjaga dan memenuhi keperluan mereka daripada membiarkan hidup mereka terus terumbang-ambing," ujarnya.

Bagi Timbalan Yang Dipertua Majlis Kebangsaan Pertubuhan-Pertubuhan Wanita Malaysia (NCWO), Datuk Faridah Khalid, mangsa jenayah pemerdagangan manusia di negara ini sering dijanjikan dengan pelbagai harapan sebelum diperdaya.

"Mangsa jenayah ini direkrut dengan cara tipu helah, pujuk rayu, janji-janji palsu, paksaan, kekerasan, godaan, ancaman, penculikan dan pemalsuan.

"Mereka kemudian dieksploitasi dalam bentuk seks, pelacuran, buruh paksaan, perhambaan, peminta sedekah, penjualan bayi dan pemindahan organ manusia oleh seseorang atau kumpulan yang inginkan keuntungan," katanya.

Tambah Faridah, jenayah tersebut merupakan satu bentuk perhambaan zaman moden apabila manusia dijadikan barangan dagangan yang membawa keuntungan lumayan.

"Sehingga kini kira-kira 70 peratus mangsa jenayah ini merupakan wanita kerana golongan tersebut dilihat mampu memberikan keuntungan lumayan kepada sindiket terbabit selain mudah terpedaya," ujar Faridah.



Rabu, 23 April 2014

VIDEO : KANTOI!!! Kopi "SUSU SEGAR" Buat BOS!!!


Seorang Setiausaha pejabat akhirnya dibuang kerja oleh majikannya gara-gara "kantoi" menyediakan kopi menggunakan susu "semulajadi". Perbuatan setiausaha ini berjaya dirakam melalui CCTV yang diletakkan di penjuru ruang pantry pejabat tersebut.

Rakaman CCTV tersebut akhirnya diupload di YOUTUBE bertajuk : 

Secretary Made Cofeemilk for her Boss By Her Breastmilk


Hish!!! macam-macam........
Kalau Korang macam mana?

Rakam Pesakit Tanpa Seurat Benang, Pakar Bedah Bakal Dipenjara






pakar bedah plastik, rakam aksi, bogel, pesakit,
Seorang pakar pembedahan plastik didakwa di mahkamah kerana secara rahsia merakamkan aksi pesakitnya dalam keadaan bogel.

Dikenali sebagai pakar bedah ramai selebriti Hollywood, Lance Everett Wyatt bertugas di Institut Sherman Oaks, Los Angeles.

Tindakan Wyatt terbongkar selepas seorang pesakitnya menemui kamera tersembunyi merakam aksinya yang ketika itu berbogel. Mangsa membawa kamera itu kepada polis dan ia disiasat selama setahun sebelum Wyatt didakwa di mahkamah. Pendakwa menuntut Wyatt dipenjara antara dua tahun hingga seumur hidup.

Bagaimanapun, ketika rakaman berkenaan ditayangkan, Wyatt dilihat tidak menyentuh tubuh pesakitnya secara tidak wajar.

Selasa, 22 April 2014

Kawan Bapa Bagi Upah RM10 Sekali "ROUND"






sejarah hitam, dirogol bapa, alat pemuas nafsu, layan nafsu, perbuatan keji, perbuatan terkutuk, liwat,
KULIM - Siapa sangka remaja berusia 15 tahun yang masih bersekolah di sini, menyimpan pelbagai sejarah hitam dalam hidupnya.

Ida (bukan nama sebenar) adalah anak ketiga daripada lima beradik.

Menurutnya, ketika berusia tujuh tahun, dia dirogol bapa kandungnya beberapa kali sebelum dijadikan alat pemuas nafsu rakan bapanya itu.

Pada usia sementah itu, dia masih tidak mengenal erti kehidupan dan hanya menurut segala arahan bapanya.

Namun, disebabkan tidak tahan dengan perbuatan bapanya, dia menceritakan permasalahan yang menimpanya itu kepada ibunya yang kemudiannya membuat laporan polis.

“Setahun selepas dia merogol saya, saya diarah bapa melayani nafsu kawan-kawannya pula. Saya akan diberi upah RM10 setiap kali melakukan perbuatan keji itu. Saya diminta melakukan perbuatan itu bersama seorang pak cik. Hampir setahun pak cik melakukan perbuatan terkutuk itu terhadap saya.

"Semua ini saya rahsiakan daripada pengetahuan orang lain kerana saya diugut bapa sekiranya perkara ini diketahui orang lain, saya akan dicederakan.

Saya pernah merayu kepada kawan-kawan bapa supaya tidak melakukan perbuatan itu ke atas saya, tetapi mereka tidak endahkan malah terus memuaskan nafsu mereka kerana sudah membayar duit kepada bapa.

"Perkara ini berlaku sehinggalah saya berusia 11 tahun," katanya.

Dia tidak menafikan perbuatan keji bapanya itu bukan saja berlaku terhadap dirinya malah nasib sama turut dialami beberapa adik beradiknya. Ada di antara mereka diliwat.

Menurutnya, mereka menjadi trauma terhadap bapa yang sering menjadikan mereka adik beradik tempat memuaskan nafsu.

Walaupun ibunya kini bercerai dengan bapanya, lelaki itu masih mengganggu mereka.

“Saya sedih kerana orang sering ambil kesempatan terhadap diri saya sehingga hari ini. Ada antara mereka mengugut untuk menceritakan apa yang berlaku ke atas saya kepada orang lain dan mengaibkan saya semata-mata mahu melakukan hubungan seks dengan saya.

"Saya tertekan dan kini selalu bermasalah. Tidak ramai yang mahu mempercayai saya, malah menganggap saya bohsia. Semua ini tidak benar.

"Polis menyiasat kes ini dan bapa sekarang di bawah jaminan. Saya berharap mahkamah dapat mempercepatkan pendakwaan terhadap bapa saya kerana dia masih berlegar di sekitar kawasan Kulim. Selagi dia masih ada, tidak ada sebarang pembelaan terhadap kami adik beradik," katanya.

Awas!! Doktor "PALSU" Sasar Wanita Hamil Lampias Naksu Pelik






KUALA LUMPUR : Dia sering dilihat berlegar-legar di sekitar wad menempatkan wanita mengandung sebelum memperkenalkan diri sebagai ‘doktor’ kepada bakal ibu di situ yang menjadi sasaran kerja jijiknya.

Difahamkan, lelaki berusia lewat 30-an itu kemudian mula ‘menggoreng’ bakal mangsa dengan mendakwa kononnya dia mampu menolong mengurangkan kesakitan ketika bersalin sebelum memberi sedikit penerangan kepada wanita hamil terbabit mengenai kebolehannya itu.

Sebaik meyakinkan mangsa, lelaki terbabit meminta keizinan untuk membaca ‘jampi serapah’ sebelum mengarahkan mereka menanggalkan pakaian.

Alasannya, dia mahu menyapukan air jampi ke seluruh tubuh mangsa yang didakwanya sangat mujarab sehingga mampu menghilangkan kesakitan ketika proses bersalin.

Itu taktik digunakan lelaki gila seks terbabit yang dikesan ‘memburu’ wanita hamil sebelum mencabul mereka semata-mata mahu memuaskan nafsu peliknya.

Dalam kejadian terbaru di sebuah hospital di ibu negara, kira-kira jam 5 petang kelmarin, lelaki terbabit menggunakan kaedah sama untuk memerangkap mangsa yang berusia awal 30-an.

Difahamkan, lelaki terbabit bergiat aktif sejak enam bulan lalu dan menggunakan waktu melawat untuk melakukan kerja terkutuknya itu selain menjadikan ibu mengandung yang berseorangan di katil sebagai sasaran.

Menurut sumber, sejurus mendekati mangsa, lelaki itu memperkenalkan dirinya sebagai doktor.

“Jika mangsa mempersoalkan pakaian dipakainya, lelaki terbabit dengan bersahaja mengatakan dia melakukan kerja amal itu ketika waktu rehat kerana terlalu sibuk ketika bertugas,” katanya.

Lelaki itu cuba meyakinkan mangsa dengan melakukan penerangan bercorak saintifik dan tradisional.

Sumber itu berkata, jika mangsa tidak mempunyai pengetahuan mengenai ‘pembohongan licik’ lelaki terbabit, mereka pasti masuk perangkap dukun palsu itu.

“Sesiapa pun pasti terpengaruh sebaik mendengar penerangannya yang mendakwa mampu menghilangkan kesakitan wanita ketika bersalin,” katanya.

Sumber itu berkata, sebaik memerangkap mangsa, dia akan berpura-pura membaca jampi serapah sebelum mengarahkan wanita berkenaan menanggalkan pakaian.

Dia memberitahu perbuatan itu bertujuan memudahkannya menyapu air jampi kononnya amat hebat sehingga mampu menghilangkan kesakitan,” katanya.

Selepas puas meneroka tubuh mangsa, bomoh celup itu meninggalkan wanita terbabit sambil mendakwa dia perlu memberikan pertolongan kepada pesakit lain.

Bagaimanapun, dalam kejadian terbaru itu, keengganan mangsa memenuhi kemahuannya untuk menanggalkan pakaian menyebabkan dia terpinga-pinga.

Usahanya untuk memerangkap mangsa tidak berhasil apabila pengawal keselamatan ‘menghalaunya’ kerana waktu lawatan sudah berakhir.

Berikutan itu, rahsia identiti suspek terbongkar sebelum mangsa membuat laporan di Balai Polis Pandan Indah di sini.

Difahamkan, lelaki itu diberkas di kawasan hospital berkenaan kira-kira jam 7 malam kelmarin, sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya untuk siasatan dan tindakan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abd Jalil Hassan ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian dan penahanan suspek, namun enggan mengulas lanjut.

Apabila Wanita Memberikan Anak Lembu Susu Badan

BRAZIL – Seorang model dari Brazil, Sabrina Boing Boing, mencetuskan kontroversi dan kejutan di negara berkenaan apabila dia memuat naik gambar dia cuba menyusukan seekor anak lembu dalam Instagram.

Bagaimanapun percubaan Boing Boing itu tidak berjaya.

Ini kerana sukar bagi anak lembu berkenaan untuk menghisap susunya.

Tindakan model yang menggelar diri sebagai pencinta binatang tersebut bagaimanapun dikutuk oleh penduduk Brazil.

Mereka menyifatkan perbuatannya itu sebagai menjijikkan dan `sakit’.

Namun tidak kurang pula yang berpendapat anak lembu itu sebagai bertuah.

Ini bukan kali pertama Boing Boing melakukan perbuatan yang menyebabkan orang ramai memandang sinis kepadanya.

Minggu lepas, Boing Boing memuat naik gambar dia sedang memberi makan kepada burung unta dalam Instagram.

Dalam gambar berkenaan, Boing Boing meletakkan buah di celah payu daranya sebelum memberi makan kepada burung unta tersebut.

Bagaimanapun nampaknya Boing Boing atau nama sebenarnya Sabrina Almeida gembira dengan kontroversi yang diraihnya itu.

“Ada sesetengah perkara tidak perlu masuk akal, ia berbaloi,’’ katanya.