Kejadian pada 1.45 pagi di Apartmen Idaman, Damansara Damai itu berlaku selepas mangsa dituduh menyebarkan cerita kononnya suaminya itu mati pucuk.
Wanita warga
Indonesia itu bagaimanapun bernasib baik selepas sempat menghubungi
polis bagi mengelak dibelasah dengan lebih teruk.
Dia yang hanya
mahu dikenali sebagai Sal, 50, mengaku sering dipukul dengan kerusi
oleh suaminya meskipun melakukan kesalahan kecil.
“Sejak mula
berkahwin tiga tahun lalu, suami tidak pernah bekerja, saya sahaja yang
cari duit, bila saya nasihat macam-macam dia maki saya,” katanya.
Dalam pada itu
anggota polis yang hadir cuba menenangkan suaminya meskipun suasana
ketika itu agak tegang dengan pelbagai ugutan diberikan termasuk mahu menceraikan isterinya.
Suami wanita
itu ketika ditemui berkata, dia kecewa dengan sikap isterinya yang gemar
menceritakan keburukan keluarga kepada orang luar dan jiran tetangga.
“Saya terpaksa menanggung malu dengan orang sekeliling kerana dia buat cerita saya mati pucuk sebab itu saya maki dan pukul dia,” katanya.
EmoticonEmoticon