INILAH gaun yang menyebabkan Uqasha dituduh tidak memakai coli.
PELAKON cantik, Uqasha Senrose sebelum ini hangat dengan kontroversi
cintanya bersama pelakon Pekin. Reda daripada kontroversi cinta,
namanya tiba-tiba menjadi sebutan baru-baru ini di laman sosial
gara-gara sekeping gambar.
Dalam gambar yang diambil ketika dia
menghadiri majlis pelancaran wajah baharu portal hiburan, mStar Online
di Kuala Lumpur itu, Uqasha yang hadir bersama adiknya, pelakon Nelydia
Senrose tampil anggun dengan gaun pendek paras lutut berwarna merah
jambu.
Bagaimanapun, gaun tersebut menimbul kontroversi apabila
dia dilihat seolah-olah tidak memakai coli. Perkara ini sudah menjadi
hangat di internet, bahkan ada yang menuduhnya mengikut fesyen artis
Hollywood.
Namun, jika gambar itu diteliti bukanlah Uqasha tidak
memakai coli, sebaliknya bekas jahitan yang kelihatan. Sungguhpun
begitu, Uqasha tetap menanggung malu apabila gambarnya itu disebarkan di
internet dengan judul, ‘Uqasha lupa memakai coli’.
Ikuti temu bual Kosmo! bersamanya.
Kosmo!: Adakah Uqasha sedar dituduh tidak memakai coli apabila hadir pada satu majlis baru-baru ini?UQASHA:
Sebenarnya saya langsung tidak sedar sehinggalah saya pulang ke rumah
selepas majlis tersebut. Apabila saya melihat Twitter, saya sungguh
terkejut apabila terdapat cerita yang mendakwa saya tidak memakai coli.
Apakah benar anda tidak memakai coli seperti yang didakwa?Saya
hanya mampu ketawa apabila dituduh sebegitu. Saya bukan bodoh untuk
keluar tanpa memakai coli dan memalukan diri sendiri. Mereka harus lihat
gambar itu betul-betul sebelum membuat cerita yang mengaibkan saya.
Jadi, apakah yang berlaku sebenarnya?Sebelum
keluar rumah saya sudah lihat pada cermin beberapa kali dan tanya pada
adik saya, okey atau tidak baju yang saya pakai. Memang saya tidak
perasaan langsung bekas jahitan akan kelihatan sedemikian rupa. Mungkin
baju itu tersalah jahit dan memperlihatkan seolah-olah saya tidak
memakai coli.
Komen anda apabila orang ramai mengutuk anda dengan dakwaan mengikut fesyen artis Hollywood?Saya
yang malu untuk mengulas isu ini walaupun saya tidak salah. Otak saya
masih waras dan tahu adat budaya Malaysia. Bagi saya, orang yang membuat
cerita ini sudah tidak ada cerita untuk ditulis. Alangkah lebih baik
jika mereka tanya sendiri hal itu kepada saya. Saya tidak kisah andai
perkara yang ditegur itu benar berlaku tetapi tidak, mereka hanya
mengada-adakan cerita yang tidak benar.
Apakah anda malu dengan kontroversi ini?Ya,
memang sangat malu. Sebabnya bukannya ada apa-apa, cuma bekas jahitan
baju itu yang kelihatan. Saya harap selepas ini janganlah cepat membuat
kesimpulan sebelum bertanya sendiri hal yang sebenar kepada saya.
Pengajaran yang anda peroleh selepas kejadian ini?Ada
hikmah sebalik apa yang berlaku. Selepas ini saya akan lebih
berhati-hati kerana orang ramai memerhati dari hujung rambut hingga ke
hujung kaki apa yang saya pakai.
Namun, siapa saya untuk ubah fikiran orang, mereka tetap akan bercakap tanpa henti jika ada yang tidak kena pada mata mereka.
Adakah anda gemarkan pakaian yang seksi dan berjenama?Saya
tidak kisah tentang jenama kerana pakaian bundle pun saya pakai asalkan
ringkas dan selesa. Kalau ikutkan saya bukanlah jenis yang suka berhias
sangat. Baju pula saya suka yang ringkas dan tidak seksi melampau.
Sejak kebelakangan ini saya lebih suka berpakaian agak sopan tetapi
cantik dipandang.
Bagaimanakah dengan perkembangan kerjaya anda?Buat
masa sekarang saya sedang sibuk dengan penggambaran drama Kalau Itu
Jodoh Kita untuk siaran TV AlHijrah. Walaupun tidak berapa sihat kerana
kepenatan disebabkan jadual kerja yang padat, saya tetap bersyukur
dengan rezeki yang diberi. Minggu ini bermula Isnin, saya akan berada di
Gold Coast, Australia hingga hujung April bagi penggambaran drama dan
juga sebuah telefilem untuk hari raya.
Sumber: Kosmo!