Respon Ustaz Don Daniyal terhadap kritikan Wardina Safiyyah -
Semalam, Wardina atau nama sebenarnya Safiyyah Fadlullah Wilmot, 35,
telah menegur Ustaz Don Daniyal secara terbuka menerusi akaun facebook
miliknya kerana merasakan sebahagian ceramah yang dibuat pendakwah
berkenaan tidak berpandukan kitab Sunnah dan Hadis.
Sebagai respon kepada teguran itu, Ustaz Don Daniyal hari ini tampil
untuk menjawab segala tuduhan yang dilemparkan oleh model tudung
terkemuka, Wardina Fadlullah Wilmot terhadap dirinya.
Menurut pendakwah berusia 29 tahun itu, adalah tidak adil untuk
menghentam dirinya hanya dengan berpandukan sebuah video yang telah
diedit daripada ceramah-ceramahnya terdahulu tanpa meneliti isi
kandungannya secara terperinci.
Tambah beliau, Wardina sendiri pernah membuat kenyataan supaya
pengguna-pengguna laman sosial tidak memuatnaik perkara-perkara yang
dilarang tetapi mengapa beliau sendiri yang melakukannya.
"Apakah niat sebenar Wardina memuatnaik
video yang telah diedit itu kemudian menghentam saya, adakah bertujuan
baik atau sebaliknya, kebiasaannya video sekerat-sekerat ini hanyalah
untuk tujuan propaganda."
Untuk itu, Ustaz Don menyarankan Wardina hadir sendiri ke ceramahnya
agar mendapat pencerahan lebih dalam tentang perkara yang dirasakannya
musykil, dan bukannya sekadar berpandukan video sekerat-sekerat yang
telah diedit.
"Siapa yang buat video sekerat-sekerat
ni, apa tujuannya selain daripada untuk tujuan propaganda, jika mereka
ikhlas kenapa perlu edit video tersebut.
Saya juga tidak kata saya betul semua,
saya manusia biasa tetapi ada orang yang memilih untuk menghentam jika
orang itu tidak dalam ahlinya. Mungkin saya selalu kerap keluar di TV
Alhijrah menyebabkan ada orang yang tak senang duduk."
Dalam pada itu, Ustaz Don turut melahirkan perasaan hairan mengapa
wardina memilih golongan pendakwah untuk dihentam sedangkan orang-orang
kafir yang menghina Agama Islam di luar sana Wardina hanya mendiamkan
diri.
"Saya tak kenal pun dengan orang yang
buat video itu, tak kan saya tak buat rujukan dalam setiap ceramah saya.
Sebagai seorang penceramah sudah semestinya saya membuat rujukan
terlebih dahulu sebelum membuat sebarang ceramah.
Saya tak pernah cari pasal dengan
sesiapa pun, antara bahan rujukan saya tentang Bani Tamim adalah saya
membuat rujukan dengan Ustaz Badlishah. Pendapat dan teori memang ada
dikalangan ulama mengikut hadis-hadis.
Saya teringat satu kisah Juraij yang
telah difitnah oleh seorang pelacur yang sangat cantik berkata: Jika
kalian menghendaki, aku akan memberinya fitnah."
EmoticonEmoticon