Pernah sekali penulis terdengar pergaduhan di Parlimen melibatkan
mendiang Karpal Singh ketika penulis masih wartawan dengan sebuah
syarikat akhbar arus perdana.
Ketika itu hari pembentangan Bajet (tak ingat tahun mana) dan sebelum
pembentangan dibuat, Karpal bangun mempersoalkan sesuatu berhubung
aturan di Parlimen.
Seperti biasa… maka timbullah suara yang mendesak beliau agar duduk…
diselang seli dengan pertukaran kata-kata kasar dari kedua belah pihak
(kerajaan dan pembangkang).
Antara yang penulis masih ingat adalah seorang Ahli Parlimen menjerit… “Hoi bengali, duduklah”.
Lepas itu, ada pulak yang menyambung… “Ini bukan bengali… ini bengali murtad… serban tarak,” .
Bengali kalau di rantau Asia Selatan bukan merujuk kepada orang Sikh
tetapi kepada orang Bangladesh… tapi tidak mengapa dengan pemahaman
seperti itu… ia tidak berapa penting buat masa ini.
Walaupun serban adalah tenet atau prinsip penting dalam agama Sikh,
namun yang tidak memakainya bukan dikatakan murtad tetapi dikenali
sebagai sahajdhari (berlajar dan menerima secara perlahan-lahan).
Seperti mendiang Karpal, beliau mengamalkan semua prinsip utama (5K) dan
memakai serban pada waktu-waktu tertentu menjadikan beliau sebagai
seorang sahajdhari.
Pemakai serban dan pengamal 4 lagi perkara wajib dikenali sebagai lelaki Khalsa.
Mengikut ajaran Sikh, tidak ada satu bulu pun di badan yang boleh
dipotong atau dibuang. Penggunaan serban adalah bertujuan mengemaskan
rambut panjang yang akan tumbuh selepas bertahun-tahun tidak dipotong.
Ok berbalik kepada tajuk rencana ini… mengapa Karpal Singh memilih untuk tidak mengenakan serban?
Jika mengikut wawancara beliau dengan sebuah akhbar berbahasa inggeris
beberapa tahun lalu, Karpal berkata, beliau memakai serban secara tetap
sehingga tahun 1970.
“Bagaimanapun, pada 1969 saya telah berada di kedai gunting
rambut menunggu giliran saya untuk mengunting rambut saya yang panjang
sebelum menoleh ke luar tingkap dan melihat ayah saya sedang menaiki
basikal (lalu di hadapan kedai), saya terus gugup dan membatalkan
hasrat.
“Tahun berikutnya saya berada di Alor Star dan ia sangat panas
ketika itu yang merupakan musim menuai. Saya baru sahaja memulakan
kerjaya sebagai peguam dan keperluan untuk membasuh dan mengikat rambut
memakan masa yang amat lama. Saya berfikir bahawa sesuatu perlu
dilakukan.
“Ia bukan mudah untuk mengambil tindakan seperti itu. Saya
berseorangan dalam bilik saya, berjalan mundar-mandir memikirkan
keputusan saya. Akhirnya, saya mengikat rambut saya, mengambil gunting
dan memotong bahagian ekornya. Kemudian saya ke kedai gunting rambut dan
tukang gunting mencantikan potongan saya,” katanya.
Sudah melakukannya satu benda kata beliau, untuk berhadapan dengan ibu bapanya satu lagi hal besar.
“Saya memakai kembali serban tetapi ibu saya perasan yang ia
kelihatan lain dari belakang dan mula menangis. Dia menjerit ‘kamu telah
memalukan kami’.
“Nasib baik ayah saya menarik saya ketepi dan berkata; : Sabar,
orang perempuan memang suka membuat kecoh. Teruskan memakai serban untuk
sedikit masa lagi sehingga mereka dapat menerima idea itu,” katanya.
Karpal seterusnya menambah, beliau memakai lagi serban untuk setahun sebelum menanggalkannya.
“Namun, pada majlis-majlis istimewa seperti perkahwinan anak saya, saya tetap akan pakai,” katanya.
Jadi… kita dapat fahamlah mengapa Karpal tidak memakai serban… satu
tindakan yang diambil atas desakan kerjaya yang pada mula tidak diterima
keluarganya tetapi kemudian boleh.
Akhir sekali… sahaja la penulis menulis rencana ini… bukan apa… mungkin ada yang berminat nak tahu.
Oleh: AK-47
(Nota: Pasukan Ekspedisi Kelab Eksplorasi 7 Benua Malaysia
(KE7B) Felda Greenland 2014 telah memulakan langkah ekspedisi yang agak
berbahaya. Mari kita sama-sama doakan kejayaan ekspedisi anak-anak muda
kita yang dijangka memakan masa selama 28 hingga ke 35 hari. Tidak
banyak yang dipohon melainkan ingatan kita kepada mereka agar mereka
selamat pergi dan selamt kembali pulang. Ingat… cuaca di benua itu mampu
mencapai negatif 45 darjah… bayangkan kita berada berhari-hari dalam
situasi itu….kalau berjaya, akhirnya orang akan ingat nama Malaysia…
jadi..marilah kita berbangga sedikit)
(Wajah mendiang ketika memakai serban di Universiti Singapura )
– Mynewshub
EmoticonEmoticon