MERSING: Seorang lelaki berusia 56 tahun yang baru tiga bulan kematian isteri membuat kerja gila dengan merayau di beberapa taman perumahan pada tengah malam, sebelum mengintai dan merakam aksi ranjang di bilik tidur penduduk menggunakan perakam video yang baru dibelinya.
Perangai miang warga emas itu terbongkar apabila dia ditahan seorang penduduk ketika dipercayai cuba merakam aksi ranjang sepasang suami isteri di Taman Sri Daik, dekat bandar ini, kira-kira jam 11 malam Jumaat lalu.
Ketika itu,
seorang penduduk di kawasan taman perumahan berkenaan melihat kelibat
seseorang di belakang rumahnya menyebabkan dia mengendap kerana
menyangkakan pencuri. Penduduk terbabit menghampiri lelaki berkenaan dan
menangkapnya sebelum mendapati suspek memegang sebuah alat perakam video.
Nasib warga
emas itu bertambah malang apabila kebetulan pasukan peronda polis
melalui taman perumahan berkenaan dan dia terus diserahkan kepada
anggota polis untuk tindakan lanjut.
Ketua Polis
Daerah, Deputi Superintendan Mohd Nor Rasid, berkata pemeriksaan
terhadap perakam video milik mangsa mendapati banyak rakaman aksi ranjang dan gambar orang sedang mandi disimpan di dalamnya.
Menurutnya,
rakaman itu dipercayai dibuat di rumah penduduk di beberapa taman
perumahan di daerah ini dan hasil soal siasat, lelaki itu dipercayai
melakukan kegiatan tidak senonoh itu sejak lebih setahun lalu.
Difahamkan, suspek yang bekerja sebagai buruh mengumpul wang untuk membeli perakam video bagi melakukan kerja terkutuk
itu. Mohd Nor berkata, warga emas yang mempunyai empat anak hasil
perkongsian hidup bersama arwah isterinya direman bagi membantu siasatan
hingga hari ini.
“Siasatan
mendapati hasil rakaman yang dibuat warga emas itu tidak disalur atau
disebarkan ke mana-mana, sebaliknya untuk suka-suka dan koleksi
peribadi,” katanya. Menurutnya, warga emas itu kini ditahan bagi
membantu siasatan dan dijangka dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini,
pagi ini.
Beliau berkata,
suspek disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum
denda dan penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-keduanya sekali
jika didapati bersalah.
EmoticonEmoticon